Russia Batal Jual Su-35 Pada Iran, Israel jadi Punca?
Media melaporkan kemungkinan Russia dan Israel telah mencapai kompromi di mana Moscow bersetuju untuk tidak menjual pesawat pejuang Su-35 kepada Iran dan sebagai balasannya, Tel Aviv tidak akan membekalkan senjata kepada Ukraine.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Laporan media tempatan di Iran menyatakan bahawa Russia kini “berfikir dua kali” untuk menjual 24 buah pesawat pejuang Su-35 kepada negara Parsi itu, dengan spekulasi bertiup kencang mengatakan bahawa keengganan Moscow menjual pesawat pejuang generasi 4.5 itu kepada sekutunya, Teheran disebabkan oleh Israel.
Tel Aviv sememangnya tidak mahu melihat Iran dilengkapi dengan pesawat-pesawat pejuang moden.
Media melaporkan kemungkinan Russia dan Israel telah mencapai kompromi di mana Moscow bersetuju untuk tidak menjual pesawat pejuang Su-35 kepada Iran dan sebagai balasannya, Tel Aviv tidak akan membekalkan senjata kepada Ukraine.

Israel dilaporkan menerima tekanan daripada Amerika Syarikat,NATO dan negara-negara Eropah yang lain supaya membekalkan senjata terutamanya sistem pertahanan udara “Iron Dome” kepada Ukraine.
Namun sehingga kini, Israel enggan tunduk kepada desakan Amerika Syarikat dan Eropah, malah masih berhubung dengan Russia dalam mencari jalan penyelesaian di Ukraine.
Russia sepatutnya mula menghantar pesawat-pesawat pejuang Su-35 itu kepada Iran pada Mac lepas, tetapi sehingga kini tiada petanda bahawa Iran akan menerima pesawat moden itu, menyebabkan media-media di negara itu mula membuat spekualasi berkenaan punca kepada “masalah” itu.
Sebanyak 24 buah pesawat pejuang Su-35 itu pada mulanya akan dijualkan kepada Mesir, tetapi Kaherah membatalkan pembelian itu selepas diancam oleh Amerika Syarikat akan dikenakan sekatan ekonomi dibawah CAATSA sekira ia meneruskan pembelian pesawat Russia itu.
Selepas Mesir membatalkan pembelian pesawat Su-35 itu, Russia bertindak menjual pesawat itu kepada Iran.

Ditanya bilakah pesawat pejuang Su-35 buatan Russia itu akan diterima oleh Iran, menteri pertahanan negara itu Mohamad-Reza Gharaei Ashtiani berkata bahawa industri pertahanan negara itu berkemampuan membina pesawat pejuangnya sendiri.
“Suatu ketika kita telah membuat perjanjian (dengan Russia) tentang pembelian itu (Su-35 daripada Russia), namun kita juga membuat kesimpulan bahawa kita boleh menghasilkan pesawat pejuang di dalam negara,” kata beliau.
Comments are closed.