Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kiev Dihujani Bedilan Dron Berani Mati Iran, Shahed-136

Laporan perisikan daripada Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa Russia memperolehi sejumlah 2,400 dron berani mati ini, Shahed-136 daripada Iran kira-kira sebulan lepas dan bertindak menaiktaraf serta memberinya nama baru iaitu, Geranium-2.

0 3,314

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ibu kota Ukraine, Kiev hari ini dihujani dengan bedilan dron-dron berani mati atau “loitering munitions” buatan Iran dipanggil Shahed-136 yang dilancar oleh tentera Russia.

Terdapat laporan yang mendakwa dron-dron berani mati buatan Iran berharga US$20,000 (RM80,000 sebuah) ini dilancar oleh tentera Russia dengan bantuan “sekumpulan rakyat Iran” di selatan Ukraine.

Laporan perisikan daripada Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa Russia memperolehi sejumlah 2,400 dron berani mati ini, Shahed-136 daripada Iran kira-kira sebulan lepas dan bertindak menaiktaraf serta memberinya nama baru iaitu, Geranium-2.

Shahed-136

Infrastruktur penting Ukraine yang Kiev,Dnipro dan Sumy dibedil menggunakan dron berani mati buatan Iran itu, menyebabkan kerosakan besar dan memutuskan bekalan elektrik kepada penduduk tempatan.

Menurut Datuk Bandar Kiev Vitali Klitshko, Russia melancarkan 25 buah dron berani mati Shahed-136 terhadap bandar Kiev hari ini tetapi hanya lima berjaya membedil sasaran manakala yang lain ditembak jatuh.

Tembakan senjata otomatik kedengaran sepanjang hari di bandar Kiev apabila anggota pasukan keselamatan Ukraine cuba menembak jatuh dron berani mati terbabit apabila ia terbang rendah.

Bunyi nyaring dron berani mati Iran itu juga menimbulkan panik dikalangan penduduk Kiev, yang bertempiaran lari apabila terdengar bunyi dron itu.

Diberi gelaran “moped” atau “skuter” disebabkan bunyi nyaringnya, dron berani mati Shahed-136 yang dibangunkan oleh Iran Aircraft Manufacturing (HESA) itu berkemampuan terbang sejauh diantara 1,000km hingga 2,200km.

Di muncung dron berani mati, ia dilengkapkan dengan bahan letupan seberat 50kg.

Sebelum diperkenalkan oleh Russia di Ukraine, militan-militan Houthi di Yemen yang disokong oleh Iran turut menggunakan Shahed-136 itu untuk menyerang kemudahan tentera dan industri minyak milik Arab Saudi.

Shahed-136

Shahed-136 mempunyai panjang keseluruhan 3.5 meter,berat 200kg manakala enjin buatan China membolehkan dron berani mati Iran itu terbang selaju 185km sejam.

Dron berani mati akan berlegar-legar di udara sebelum ia membedil sasarannya.

Disebabkan saiznya dan beroperasi dalam “kumpulan” (swarm), dron berani mati itu adalah sukar ditembak jatuh.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Terdapat laporan mengatakan bahawa selepas dron berani mati, Russia juga sedang di dalam proses untuk mendapatkan beberapa jenis sistem persenjataan lain daripada Iran seperti peluru peluru berpandu taktikal Fateh-110 dan Zolfaghar serta dron berani mati yang lebih berkuasa, Arash-2.

Amerika Syarikat juga “menyumbang” dron berani mati “Switchblade” untuk digunakan oleh tentera Ukraine. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...