Singapura Rancang Milik Dua Lagi Kapal Selam Type 218SG, Jadikan Kesemua Enam Buah Dimilikinya
Setelah membuktikan bahawa kapal selam kelas- Invincible diperolehinya daripada Jerman itu mampu beroperasi dengan baik di perairan tropika, maka Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menurut beliau, merancang untuk memperoleh dua lagi kapal selam.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Singapura merancang untuk memperolehi dua lagi buah kapal selam Type 218SG bagi menambah empat buah kapal selam sama yang telah pun diperolehinya daripada Jerman, menurut Menteri Pertahanannya Dr Ng Eng Hen.
Republik itu menandatangani perolehan empat buah kapal selam kelas-Invincible itu pada 2017 dan telah pun mengoperasi dua buah daripada kapal selam itu RSS Invincible dan RSS Impeccable pada Sept tahun lepas.
Bagaimanapun Menteri Pertahanan Singapura itu mengatakan bahawa memiliki empat buah kapal selam adalah sesuatu yang tidak optimal.
“Kapal selam kami menjalani kitaran penyelenggaraan yang lebih ketat dan kerap dengan pemeriksaan yang teliti. Seperti yang dapat dibayangkan, kapal selam ini perlu beroperasi di bawah tekanan tinggi, secara literal.”
“Akibatnya, masa operasi (kapal selam) menjadi lebih singkat. Inilah sebabnya kebanyakan tentera laut yang mengendalikan kapal selam mempunyai lebih daripada empat unit – antaranya Australia, Indonesia, dan Vietnam, yang merupakan jiran terdekat kami,” kata beliau.
Setelah membuktikan bahawa kapal selam kelas- Invincible diperolehinya daripada Jerman itu mampu beroperasi dengan baik di perairan tropika, maka Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menurut beliau, merancang untuk memperoleh dua lagi kapal selam.

Perolehan dua lagi buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible itu akan menjadikan jumlah keseluruhan kapal selam kelas itu yang dimilikinya kepada enam buah sebagai kekuatan tetap bagi armada kapal selam Tentera Laut Republik Singapura, kata beliau.
Singapura dan TKMS menandatangani dua kontrak berasingan pada 2013 dan 2017 untuk perolehan empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible yang diberikan nama “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable.”
Keempat-empat kapal selam “custom-made” Type 218SG kelas-Invicible itu dibina dengan mengambilkira keperluan spesifik Singapura.
Antara ciri-ciri utama kapal selam terbaru Singapura itu adalah ia dilengkapi dengan kipas (rudder) berbentuk X bagi pergerakan yang lebih lincah di bawah permukaan air.
Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invincible milik Singapura itu merupakan aset bawah permukaan air paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.
Rekabentuk kapal selam terbaru Singapura yang direkabentuk khusus untuk republik itu juga dikatakan hampir sama dengan kapal selam Dolphin-2 Tentera Laut Israel (berkemungkinan sistem sensor dan lain juga adalah sama).
Kapal selam milik Tentera Laut Israel itu juga telah dibina oleh anak syarikat TKMS, HDW.

Dengan berat kira-kira 2,200 tan, kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik Singapura itu boleh beroperasi 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam lain yang kini dimiliki oleh republik itu, selain dilengkapi dengan sistem persenjataan dan sensor yang jauh lebih baik.
Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik Singapura itu merupakan aset bawah permukaan air yang paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.
Kemasukan empat buat kapal selam Type 218SG kelas-Invincible iaitu “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable” bakal melonjakkan lagi kekuatan peperangan bawah permukaan laut Tentera Laut Singapura ke tahap yang lebih tinggi, yang selama ini mempertaruhkan kapal-kapal selam terpakai miliknya daripada kelas-Archer dan kelas-Challenger.
Kesemua kapal selam terbaru Singapura itu mempunyai berat 2,000-2,200 tan (apabila di bawah permukaan) dan kelajuan 15 knot.
Ia memiliki panjang 70 meter dan lebar lebih 6 meter.
Kapal selam Singapura ini memiliki lapan corong torpedo yang bukan sahaja boleh melancarkan torpedo berkaliber 533mm tetapi juga peluru berpandu anti kapal.
Ia juga akan dilengkapi dengan Air Independent Propulsion (AIP) menggunakan teknologi Fuel Cell yang membolehkan kapal selam itu menyelam 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam yang lain

