Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Bakal Lancar Kapal Selam Type-218SG Kelas-Invincible Keempatnya, “Inimitable”

Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invincible milik Singapura itu  merupakan aset bawah permukaan air paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.  

0 2,030

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Kanan Singapura Teo Chee Hean dilaporkan sedang berada di Jerman pada ketika ini bagi pelancaran kapal selam Type 218SG keempat kelas-Invincible, “Inimitable” milik Tentera Laut Republik Singapura.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Singapura, Teo yang juga Menteri Penyelaras Untuk Keselamatan Singapura akan berada di Berlin dan Kiel di mana kapal selam tersebut sedang dibina.

Kapal selam Type218SG kelas-Invincible yang akan dilancarkan oleh Teo itu dinamakan “Inimitable.”

Singapura dan thyssenkrupp Marine Systems (TKMS) menandatangani dua kontrak berasingan pada 2013 dan 2017 untuk perolehan empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible yang diberikan nama “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable.”

Keempat-empat kapal selam “custom-made” Type 218SG kelas-Invicible itu dibina dengan mengambilkira keperluan spesifik Singapura.

Singapura
Kapal selam Type 218SG milik Singapura di Kiel, Jerman. (kredit Schlepp-und Fahrgesellesschadt Kiel)

 

Kapal selam kelas-Invincible iaitu “RSS Invincible” telah dilancarkan pada 2019 tetapi kekal berada di Jerman untuk tujuan latihan krew-krew kapal selam republik itu.

Manakala kapal selam kedua dan ketiga, “Impeccable” dan “Illustrious” pula telah dilancarkan pada Disember 2022.

Antara ciri-ciri utama kapal selam terbaru Singapura itu adalah ia dilengkapi dengan kipas (rudder) berbentuk X bagi pergerakan yang lebih lincah di bawah permukaan air.

Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invincible milik Singapura itu  merupakan aset bawah permukaan air paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.  

 Rekabentuk kapal selam terbaru Singapura  yang direkabentuk khusus untuk republik  itu dikatakan hampir sama dengan kapal selam Dolphin-2 Tentera Laut Israel (berkemungkinan sistem sensor dan lain juga adalah sama).

Type 218SG
Kapal selam Type 218SG pertama Tentera Laut Singapura dinamakan “Invincible”.

 

Kapal selam milik Tentera Laut Israel itu juga telah dibina oleh anak syarikat TKMS, HDW.

Dengan berat kira-kira 2,200 tan, kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik Singapura itu boleh beroperasi 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam lain yang kini dimiliki oleh republik itu, selain dilengkapi dengan sistem persenjataan dan sensor yang jauh lebih baik.

Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik Singapura itu  merupakan aset bawah permukaan air yang paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.  

 Rekabentuk kapal selam terbaru Singapura  yang direkabentuk khusus untuk republik  itu dikatakan hampir sama dengan kapal selam Dolphin-2 Tentera Laut Israel (berkemungkinan sistem sensor dan lain juga adalah sama).

Kapal selam milik Tentera Laut Israel itu juga telah dibina oleh anak syarikat TKMS, HDW.

Kemasukan  empat buat kapal selam Type 218SG kelas-Invincible iaitu “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable” bakal melonjakkan lagi kekuatan peperangan bawah permukaan laut Tentera Laut Singapura ke tahap yang lebih tinggi, yang selama ini mempertaruhkan kapal-kapal selam terpakai miliknya daripada kelas-Archer dan kelas-Challenger.Singapura

Kesemua kapal selam terbaru Singapura itu mempunyai berat 2,000-2,200 tan (apabila di bawah permukaan) dan kelajuan 15 knot.

Ia memiliki panjang 70 meter dan lebar lebih 6 meter.

Kapal selam Singapura ini memiliki lapan corong torpedo yang bukan sahaja boleh melancarkan torpedo berkaliber 533mm tetapi juga peluru berpandu anti kapal.

Ia juga akan dilengkapi dengan Air Independent Propulsion (AIP) menggunakan teknologi Fuel Cell yang membolehkan kapal selam itu menyelam 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam yang lain.

Sistem kombatnya pula direkabentuk oleh Atlas Elektronik dan ST Elektronics.

Satu lagi yang menarik tentang kapal selam Type 218SG Tentera Laut Singapura ini adalah ia direkabentuk khas untuk membolehkan ia beroperasi dengan berkesan di perairan yang cetek dan sibuk, sebagaimana perairan di sekitar rantau Asia Tenggara yang sememangnya sibuk dengan laluan maritim perdagangan.

 “Antara ciri-ciri utama rekabentuk kapal selam terbaru Singapura ini adalah kemampuannya untuk melaksanakan misi pasukan khas,” menurut pakar kapal selam, H I Sutton di dalam portal berita pertahanan, Navalnews.com

Singapura

 Beliau merujuk kepada sistem Horizontal Multi Purpose Airlock yang boleh melancarkan torpedo, penyelam dan pasukan-pasukan khusus (komando) kerana antara tugas utama yang bakal dilaksanakan oleh kapal selam itu adalah menangani ancaman kumpulan-kumpulan pengganas.

 Kapal selam Singapura itu juga dikatanya mempunyai opsyen untuk dilengkapkan dengan Vertical  Multi Purpose Airlock bagi melancarkan peluru berpandu secara menegak.

Ada penganalisis serantau mengatakan Singapura sedang mempersiapkan tentera lautnya untuk mengoperasikan peluru berpandu kruis “Tomahawk” sekiranya diperlukan.

 Menteri Pertahanannya Dr Ng Eng Hen dilaporkan berkata bahawa memandangkan tentera-tentera laut India, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia sedang berusaha untuk membesarkan lagi angkatan kapal selamnya, maka, tindakan Singapura memperolehi empat buah kapal selam Type 218SG daripada Jerman adalah “langkah yang tepat.” — DSA

Iklan

 

Comments
Loading...