(VIDEO) Serangan Udara Israel Di Syria Bunuh Tiga Jeneral Kanan Iran, Timur Tengah Di Ambang
(VIDEO) Media Timur Tengah melaporkan salah seorang yang terbunuh dalam serangan udara Israel itu adalah Brigadier Jeneral Mohammad Reza Zahedi yang memimpin Angkatan Quds (Quds Force) di Syria dan Lubnan, salah satu cabang di bawah kawalan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC - Iran Revolutionary Guard Corps)
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu tindakan yang sudah tentu akan memarakkan lagi konflik di Timur Tengah, serangan udara pesawat-pesawat pejuang Israel terhadap sebuah bangunan milik kedutaan Iran di Damsyik, Syria telah membunuh sekurang-kurangnya tiga oleh oleh jeneral Kor Pengawal Revolusi Iran.
Media Timur Tengah melaporkan salah seorang yang terbunuh dalam serangan udara Israel itu adalah Brigadier Jeneral Mohammad Reza Zahedi yang memimpin Angkatan Quds (Quds Force) di Syria dan Lubnan, salah satu cabang di bawah kawalan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC – Iran Revolutionary Guard Corps)
Beliau adalah pegawai tentera paling kanan Iran yang terbunuh dalam konflik di Timur Tengah selepas pembunuhan Panglima Angkatan Quds, Mejar Jeneral Qasem Soleimani oleh Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad empat tahun lepas.
Mohamad Reza adalah orang yang bertanggungjawab mengatur segala operasi tentera Iran dan kumpulan-kumpulan bersenjata yang bersekutunya dengannya di Syria dan Lubnan.
Jeneral kedua Iran yang disahkan terbunuh dikenalpasti sebagai Brigadier Jeneral Mohammad Mehdi Rahimi yang merupakan rakan rapat kepada Mohammad Reza dan timbalan kepada beliau dalam Angkatan Quds di Syria dan Lubnan.
Selain Mohamad Reza dan Mohammad Mehdi, , seorang lagi jeneral Iran dikenalpasti terbunuh dalam serangan udara Israel itu dikenalpasti sebagai Brigadier Jeneral Hossein Aminollah yang merupakan Ketua Staf Angkatan Quds di Syria dan Lubnan.
Menurut Kementerian Pertahanan Syria Pesawat F-16C Amerika Tembak Jatuh Dron ANKA-S Turkiye Di Syria di dalam satu kenyataan berkata, serangan udara pesawat pejuang Israel itu berlaku kira-kira pukul 5 petang (waktu tempatan) yang mensasarkan bangunan konsulat kedutaan Iran di Damsyik yang terletak bersebelahan dengan bangunan kedutaan Kanada.
Serangan udara Israel itu menyebabkan keseluruhan bangunan itu musnah dan menyebabkan kematian di antara lima hingga tujuh orang.
Laporan awal menyatakan bahawa serangan udara itu dilakukan pesawat-pesawat pejuang F-35 milik Tentera Udara Israel yang mengugurkan enam butir berpandu daripada ruang udara di Bukit Golan.
Sistem pertahanan udara tentera Syria cuba menembak jatuh peluru-peluru berpandu yang digugurkan oleh pesawat F-35 Israel itu tetapi tidak berjaya.
Duta Iran ke Syria Hossein Akbari yang terselamat dalam serangan udara Israel itu menyatakan bahawa negara Yahudi itu akan menerima respons yang “bersesuaian” daripada Teheran terhadap serangan udaranya itu pada masa yang tepat.
Ketika serangan udara itu yang hampir meragut nyawanya, beliau berada di dalam pejabatnya di kedutaan itu.
Hossein berkata serangan udara Israel itu menunjukkan negara Yahudi itu tidak menghormati undang-undang antarabangsa dengan menjadikan bangunan kedutaan sesebuah negara sebagai sasaran.
Ini adalah kali pertama Israel menyerang bangunan kedutaan milik Iran, yang dilindungi dibawah konvensyen dan undang-undang antarabangsa.
Sementara itu, Menteri Luar Iran Naser Kanaani pula dilaporkan berkata: “Iran memiliki hak untuk respons dan menentukan jenis tindak balas dan hukuman terhadap mereka yang melakukan serangan itu.”
Beliau juga berkata bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah kehilangan keseimbangan mental akibat kekalahan dialaminya di Gaza dan kegagalan mencapai sasaran ketenteraannya. — DSA
Comments are closed.