Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perang Russia-Ukraine Bakal Sukarkan TUDM Perolehi Alat Ganti Su-30MKM?

Disebabkan Malaysia terutamanya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan pengguna pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM buatan Russia, maka negara telah disenaraikan sebagai antara negara yang bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mendapat alat ganti pesawat itu daripada Russia.

0 6,321

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekatan ekonomi yang ketat terhadap Russia berikutan tindakannya menceroboh Ukraine baru-baru ini, dijangka turut menjejaskan negara-negara yang menggunakan sistem pertahanan  dikeluarkan oleh syarikat-syarikat daripada negara itu.

Negara-negara menggunakan sistem persenjataan buatan Russia dikatakan bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan alat ganti bagi sistem persenjataan negara itu yang digunakan oleh negara itu.

Antara negara-negara di Asia yang bakal mengalami kesukaran untuk mendapatkan alat-alat ganti sistem persenjataan Russia termasuklah India,  Vietnam,  Filipina, Laos dan Myanmar yang banyak bergantung dengan sistem pertahanan Russia.

Disebabkan Malaysia terutamanya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merupakan pengguna pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM buatan Russia, maka negara telah disenaraikan sebagai antara negara yang bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mendapat alat ganti pesawat itu daripada Russia.

Itu yang sedang diperkatakan oleh penganalisis luar negara tentang kesan dan impak pencerobohan tentera Russia terhadap Ukraine dan industri pertahanan negara itu.

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM TUDM (Gambar kredit TUDM)

 

Sekatan ekonomi Amerika Syarikat dan negara-negara Barat terhadap Moscow kali ini nampaknya lebih menyeluruh dan sememangnya untuk menghukum Russia serta Presiden Vladimir Putin.

Washington dan sekutunya mahu melumpuhkan ekonomi Russia supaya ia tidak dapat lagi “membiayai” pembangunan tentera Russia.

Amerika Syarikat dijangka akan mengetatkan lagi penguatkuasaan peraturan CAATSA (Countering American Adversaries Through Sanctions Act), yang sebelum ini dikuatkuasakan secara berpilih-pilih mengikut kepentingan negara kuasa besar itu.

Su-30MKM
Aksi pesawat Su-30MKM pada Singapore Air Show 2018. (TUDM)

 

Dengan pencerobohan tentera Russia dengan Ukraine, Washington akan mengetatkan lagi CAATSA untuk melumpuhkan lagi industri persenjataan yang menjadi salah satu penyumbang matawang asing bagi Moscow.

Selepas ini, mana-mana negara yang membeli sistem persenjataan Russia akan dikenakan sekatan ekonomi secara pukul rata.

Sebelum ini, undang-undang CAATSA itu dikuatkuasakan secara berpilih dengan contoh paling ketara adalah Turki dan India.

S-400
Sistem pertahanan udara S-400

 

Turki dikeluarkan daripada program pembangunan pesawat pejuang F-35 dan tidak dibenarkan membeli pesawat pejuang itu generasi kelima buatan syarikat Lockheed Martin itu selepas Ankara memperolehi sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” buatan Russia.

Bagaimanapun India yang turut sama membeli sistem pertahanan udara S-400 tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Dengan tekanan yang lebih kuat terhadap industri pertahanan Russia, apa nasib pesawat-pesawat Sukhoi Su-30MKM TUDM?

Adakah selepas ini Kementerian Pertahanan bakal berhadapan dengan jalan lebih sukar untuk mendapatkan bekalan alat ganti pesawat pejuang Su-30MKM?

SU-30MKM

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Apa pelan alternatif TUDM jika kita berhadapan dengan sekatan alat ganti pesawat Su-30MKM? Bolehkan kita mendapatkan alat ganti pesawat itu daripada India memandangkan India merupakan pengguna besar pesawat pejuang jenis itu?

India membuat sendiri pesawat Su-30MKI secara under license daripada Russia.

Apakah program SLEP atau MLU (Mid-Life Upgrades) pesawat Sukhoi Su-30MKM akan turut terjejas)

Apapun pelan kontigensi perlu dirangka sekiranya sekatan alat ganti pesawat pejuang Su-30MKM itu benar-benar berlaku kerana ia memberikan kesan yang buruk kepada tahap kesiapsiagaan pesawat-pesawat TUDM dalam menjaga kedaulatan ruang udara negara. — DSA

 

Comments
Loading...