Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Darat Terima 40 Laras Sniper Rifle Barret M107A1 50 Cal

Senapang penembak tepat M107A1 itu mampu membedil sasaran sama ada tentera musuh atau kenderaan berperisai daripada jarak effektif 2,000 meter (2 km) tanpa berdepan dengan sebarang masalah.

0 2,798

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Malaysia telah menerima sebanyak 40 laras senapang penembak tepat Barret Firearms M107A1 50 Cal (12.7mm)  untuk kegunaan unit-unit tentera darat termasuk kemungkinan anggota Komando Gerak Khas serta Briged Para.

Penerimaan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain itu dinyatakan oleh Tentera Darat menerusi Facebook hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut Tentera Darat menerima sebanyak 240 laras mesingan ringan FN Minimi 5.56mm Mk3 untuk kegunaan operasi tentera darat.

Menurut maklumat, senapang penembak tepat M107A1 itu adalah lebih ringan daripada varian terlebih dahulunya tetapi ia tetap berbahaya dan berkesan.

Ia juga boleh dilengkapkan dengan penyenyap bunyi (suppressor) bagi mengurangkan bunyi tembakan bagi mengelak ia dengan mudah dikesan oleh musuh.

Barret
(Tentera Darat)

Barret

Senapang penembak tepat M107A1 itu mampu membedil sasaran sama ada tentera musuh atau kenderaan berperisai daripada jarak effektif 2,000 meter (2 km) tanpa berdepan dengan sebarang masalah.

Peluru 12.7mm yang digunakannya pula boleh menembusi plat armor setebal  1.18 inci bagi menjadikannya raifal anti-materiel yang berkesan untuk digunakan oleh unit-unit penembak tepat di dalam Tentera Darat.

Minimi

Sementara itu, Tentera Darat juga menerima 240 laras laras s  ringan FN Minimi 5.56mm Mk3 yang diperbuat oleh syarikat Belgium, FN Herstal.

Mesingan ini juga boleh ditukar kepada calibre 7.62mm .

Selain daripada laras-laras penembak tepat dan mesingan ringan, Tentera Darat juga menerima trak 1 tan GS Cargo, trak 1 tan Fitted For Radio (FFR), trak 3 tan dan 1 tan FFR untuk MALBATT 850 serta bas 44 penumpang. — DSA

Trak
(Tentera Darat)
Comments
Loading...