Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Aplikasi “Double Tap” Dalam Serangan Peluru Berpandu Taktikal “Iskander-M”

Laporan media sosial ketenteraan Russia yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak tentera negara itu  menyatakan bahawa anggota tenteranya menggunakan taktik baru dipanggil “Double Tap” yang menyaksikan ia melancarkan beberapa peluru berpandu taktikal “Iskander-M” terhadap sasaran tentera Ukraine yang sama.

0 3,584

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dilaporkan telah menggunakan taktik baru dalam melancarkan serangan terhadap kedudukan tentera Ukraine menggunakan peluru berpandu taktikal ballistik darat-ke-darat “Iskander-M.”

Laporan media sosial ketenteraan Russia yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak tentera negara itu  menyatakan bahawa anggota tenteranya menggunakan taktik baru dipanggil “Double Tap” yang menyaksikan ia melancarkan beberapa peluru berpandu taktikal “Iskander-M” terhadap sasaran tentera Ukraine yang sama.

“Perubahan taktik itu menyaksikan Russia melancarkan serangan-serangan peluru berpandu Iskander-M Russia itu terhadap kedudukan tentera Ukraine yang sama untuk suatu tempoh tertentu.”

“Laporan daripada medan menunjukkan perubahan taktikal tentera Russia itu mengejutkan tentera Ukraine, menyebabkan bilangan kematian dikalangan tentera Ukraine amat tinggi disebabkan tindakan mereka berkumpul di lokasi impak selepas bedilan pertama,” menurut laporan media sosial ketenteraan Russia itu.

Walaupun Russia berhadapan dengan kekurangan peluru berpandu 9K720 sistem “Iskander” itu, namun ia telah berjaya meningkatkan pengeluaran peluru berpandu ke tahap sebelum peperangan dengan Ukraine telah membuatkan sistem itu diaplikasikan dalam perubahan taktik oleh Moscow.

Iskander
.

Menurut laporan, sistem peluru berpandu taktikal “Iskander-M” memberikan ancaman yang berlainan kepada musuhnya, bukan hanya kerana kemampuannya untuk membawa peledak “peledak penembus” khas (penetrative warhead), tetapi juga kesukaran sistem pertahanan udara musuh untuk menembaknya jatuh.

Dengan peledak seberat 400kg hingga 700kg, peluru berpandu “Iskander-M” itu mampu membedil kedudukan musuh sejauh 500km.

Sistem peluru berpandu taktikal “Iskander-M” itu direkabentuk berdasarkan peluru berpandu OTR-23 yang digunakan ketika di zaman Kesatuan Soviet.

Namun, sistem OTR-23 itu ditamatkan perkhidmatannya oleh Kesatuan Soviet akibat tekanan daripada Amerika Syarikat selepas tamatnya Perang Dingin di antara kedua-dua blok itu.

Bersama-sama dengan sistem pertahanan udara S-400 “Triumf”, peluru berpandu taktikal “Iskander-M” semakin dihargai peranannya oleh tentera Russia dalam peperangan dengan Ukraine pada ketika ini.Iskander

Dikala Ukraine tertekan akibat kekurangan bekalan peluru berpandu dan peluru-peluru meriam, Russia berjaya menggembleng industri pertahanan mereka untuk terus menghasilkan produk-produk yang amat diperlukan oleh tentera negara itu di medan.

Russia berjaya meningkatkan pengeluaran peluru-peluru berpandu dan peluru meriam walaupun industri pertahannya berhadapan dengan sekatan yang amat oleh ketat oleh masyarakat antarabangsa.

Bukan sahaja ia berjaya memenuhi permintaan keperluan tentera Russia, tetapi industri pertahanan negara itu turut meneruskan eksport pelbagai sistem persenjataan mereka. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...