Russia Hantar Su-57 Felon dan Su-75 Checkmate Ke Aero India, Usaha Cari Pembeli Diperhebat
Ini merupakan kehadiran kali pertama "pesawat pejuang" Su-75 Checkmate dalam pameran itu, dengan India dilaporkan adalah beberapa negara yang sedang disasarkan oleh Russia untuk membeli pesawat pejuang terbabit.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia akan membawa “pesawat pejuang” generasi kelimanya yang kedua, Sukhoi Su-75 Checkmate ke pameran Aero India 2025 yang bermula pada 10 Februari ini, dalam usaha promosi terbarunya untuk menarik perhatian India bagi membeli pesawat pejuang generasi kelima kedua keluaran Russia.
Ini merupakan kehadiran kali pertama “pesawat pejuang” Su-75 Checkmate dalam pameran itu, dengan India dilaporkan adalah beberapa negara yang sedang disasarkan oleh Russia untuk membeli pesawat pejuang terbabit.
India juga mempunyai program pembangunan pesawat pejuang generasi kelimanya yang tersendiri dipanggil Advanced Medium Combat Aircraft (AMCA).
Program AMCA adalah projek pesawat pejuang generasi kelima India yang sedang dibangunkan oleh Hindustan Aeronautics Limited (HAL) dan Aeronautical Development Agency (ADA) di bawah kawalan Defence Research and Development Organisation (DRDO).
Ia bertujuan untuk melengkapkan Tentera Udara India (IAF) dan Tentera Laut India dengan pesawat tempur stealth moden.
Pihak United Aircraft Corp (UAC) bersama-sama Sukhoi yang membangunkan Su-75, dijangka hanya akan membawa mock-up penuh pesawat pejuang itu ke Aero India , memandangkan prototaip pesawat pejuang itu masih dibangunkan oleh pihak terbabit.
UAC dan Sukhoi dilaporkan sedang membangunkan dua buah prototaip pesawat pejuang Su-75 untuk tujuan ujian penerbangan, dengan penerbangan sulung dijangkakan pada tahun ini atau tahun depan.
Selain Su-75 Checkmate, Russia juga akan membawa pesawat pejuang generasi kelimanya yang pertama Su-57 Felon ke Aero India, menandakan “serangan berangkai” Moscow untuk menarik perhatian New Delhi terhadap kedua-dua pesawat pejuang generasi kelima keluarannya.
Firma pembuat pesawat pejuang terkenal Russia, Sukhoi memasarkan “Checkmate” sebagai alternatif yang lebih kos efektif berbanding pesawat pejuang halimunan Barat, menggabungkan keupayaan canggih dengan harga yang lebih mampu milik.
Firma pembuat pesawat pejuang terkenal Russia, Sukhoi memasarkan Checkmate sebagai alternatif yang lebih kos efektif berbanding pesawat pejuang halimunan Barat, menggabungkan keupayaan canggih dengan harga yang lebih mampu milik.
Pihak berkuasa Russia juga mengumumkan bahawa ia mempercepatkan program pembangunan Su-75 yang lebih kos effektif dengan pasaran antarabangsa menjadi tumpuan dan fokus.
UAC mengesahkan bahawa pembangunan Sukhoi Su-75 “Checkmate” kini berada pada peringkat akhir.

Menurut agensi berita Rusia TASS, Sergei Korotkov, pegawai kanan United Aircraft Corporation, menyifatkan Su-75 sebagai jet pejuang generasi kelima enjin tunggal dengan tahap pembangunannya hampir selesai.
Pembangunan pesawat pejuang taktikal ringan generasi kelima Su-75 Checkmate telah mencapai tahap yang baik, membolehkan perkembangan lanjut program ini dianggap menjanjikan.
Masa depan pesawat ini dapat dilihat dengan penuh optimisme, kata Sergei Korotkov, pereka utama dan timbalan pengarah UAC kepada RIA Novosti.
Korotkov turut menyatakan bahawa ramai pembeli antarabangsa sedang mempertimbangkan pesawat ini, dengan menekankan permintaan pasaran yang tinggi terhadap jet pejuang tersebut.
Beliau menambah bahawa “proses pembangunan sedang berjalan dengan lancar.”
Pada awal September 2024, Alexander Mikheev, Ketua Pengarah Rosoboronexport, menyatakan di Pameran Udara Antarabangsa Mesir bahawa beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika berminat terhadap pesawat pejuang Checkmate.

Su-75 pertama kali diperkenalkan pada Pameran Udara MAKS-2021 di Rusia. Pesawat halimunan ringan ini direka untuk memenuhi keperluan pertempuran moden yang semakin kompleks.
Su-75 Checkmate adalah tindak balas Rusia terhadap dominasi teknologi stealth Amerika Syarikat.
“Pesawat pejuang Checkmate boleh dibina mengikut beberapa varian iaitu satu tempat duduk, dua tempat duduk serta varian tanpa pemandu,” menurut maklumat tentang spesifikasi pesawat terbabit yang dikeluarkan pada Dubai Airshow itu.
Pesawat-pesawat Su-57 “Checkmate” itu bermula pada tahun 2026.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ROSTEC Sergey Chemezov dalam satu kenyataan berkata, pesawat “Checkmate” menggabungkan “low visibility” dan peralatan/sistem terbaik, ia adalah pesawat yang paling sesuai daripada segi keberkesanan kombat dan kos (untuk setiap jam penerbangan).
Sebagai pesawat stealth pelbagai peranan generasi kelima, Su-75 menawarkan spesifikasi cemerlang:
-
Kelajuan maksimum: Lebih kurang Mach 1.8
-
Jarak operasi: 1,864 batu
-
Ketinggian operasi maksimum: 54,100 kaki
-
Muatan senjata: Sehingga 7.4 tan, termasuk peluru berpandu udara-ke-udara dan udara-ke-darat yang disimpan di ruang dalaman untuk mengekalkan stealth, serupa dengan F-22 Raptor Amerika.
Su-75 juga dilengkapi dengan teknologi moden seperti:
-
Sistem dipertingkatkan AI untuk membantu juruterbang
-
Avionik canggih
-
Keupayaan peperangan berpusatkan rangkaian untuk operasi bersepadu

Salah satu ciri paling menonjol Su-75 ialah harganya. Dengan kos dianggarkan antara $30 juta hingga $35 juta seunit, pesawat ini jauh lebih murah berbanding jet stealth Amerika. Sebagai perbandingan:
-
F-35 Lightning II berharga antara $82.5 juta hingga $102.1 juta, bergantung kepada model.
-
F-22A Raptor, walaupun tidak tersedia untuk eksport, jauh lebih mahal.
-
Pada tahun 2021, Su-75 Checkmate pertama kali dipamerkan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kenyataan terkini Sergei Korotkov muncul tidak lama selepas agensi eksport pertahanan Rusia, Rosoboronexport, mengumumkan ia telah memperoleh pelanggan antarabangsa pertama untuk jet pejuang Su-57.
Laporan mencadangkan pelanggan tersebut mungkin Algeria.
Dengan kombinasi Su-57 dan Su-75, Rusia bertekad untuk menyaingi keupayaan pesawat pejuang halimunan Amerika Syarikat dan China.
Konflik Ukraine yang sedang berlangsung telah mendorong Rusia mempercepatkan pembangunan Su-75.— DEFENCE SECURITY ASIA