Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia “Jamming” Operasi Satelit “Sentinel-1” Milik Agensi Angkasa Lepas Eropah

Rostov-on-Don ini dipercayai sebuah kawasan di Russia yang memiliki aktiviti ketenteraan yang amat tinggi.

0 2,075

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dikatakan telah menganggu (jamming) operasi satelit “Sentinel-1” milik European Space Agency (ESA) ketika satelit itu cuba mengambil imej sebuah kawasan di selatan negara itu dikenali dengan nama Rostov-on-Don yang terletak berdekatan dengan Ukraine.

Rostov-on-Don ini dipercayai sebuah kawasan di Russia yang memiliki aktiviti ketenteraan yang amat tinggi.

Menurut media-media Russia dalam laporan yang disiarkan semalam, gangguan terhadap satelit milik agensi angkasa lepas Eropah itu dipercayai berpunca daripada sistem peperangan elektronik Russia (electronic warfare –EW).

Ia bukanlah usaha “jamming” seperti kebiasaanya tetapi berkemungkinan adalah yang lebih daripada itu.

Mereka mendakwa Russia sedang melakukan ujian terhadap sistem peperangan elektronik terbaru mereka.

Sentinel

Menurut laporan lain mendakwa bahawa Russia kini memiliki sistem baru yang ia sedang ujikaji atau aktifkan di Rostov-on-Don.

Walaupun begitu, usaha untuk mengesan punca gangguan itu sukar dilakukan, tetapi “gangguan” yang dialami oleh satelit Eropah itu adalah amat kuat dengan pattern yang unik, mendorong mereka untuk mengesyaki bahawa sesuatu sedang berlaku di pihak berkuasa Russia.

Sebelum ini pihak agensi angkasa lepas Eropah mendakwa bahawa satelit mereka pernah diganggu tetapi pattern gangguan ini adalah amat berlainan, malah usaha “jamming” kali ini adalah lebih berkuasa.

Akibat “jamming” kali ini adalah lebih berkuasa, telah mendorong mereka untuk mengesyaki bahawa Russia sedang menguji atau mengaktifkan sistem peperangan elektronik berkuasa tinggi baru di kawasan di sempadan dengan Ukraine itu.

Tindakan jamming satelit terutamanya yang terletak di Low Earth Orbit itu bukanlah sesuatu yang asing kerana Amerika Syarikat juga mempunyai keupayaan untuk berbuat demikian.

Angkatan US Space Force dikatakan sedang membina kira-kira 48 jenis senjata di bumi (ground-based weapons) untuk “jamming” satelit-satelit Russia dan China sekiranya konflik diantara mereka tercetus.

Kesemua pembinaan 48 buah “ground-based weapons” itu akan siap di dalam tempoh 7 tahun.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...