Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Tauliah “Belgorod”, Kapal Selam Terpanjang Dunia

Kapal selam Belgorod yang mula dibina pada tahun 2019 itu dikendalikan oleh anggota unit rahsia Russia dipanggil “Main Directorate Deep Sea Research” (GUGI).

2,222

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tiga hari lepas, Tentera Laut Russia telah menerima kapal selam Project 09852 “Belgorod”, yang merupakan kapal selam kedua terbesar pernah dibina oleh negara itu di dalam tempoh 40 tahun.

Kapal selam Belgorod mengambil masa tiga tahun untuk dibina oleh limbungan kapal, Sevmash dan merupakan kedua terbesar di dunia daripada segi saiz selepas kapal selam “Typhoon”, juga milik Russia.

Panglima Tentera Laut Russia Nikolai Evmenov ketika menerima kapal selam Belgorod itu berkata kapal selam itu akan membolehkan tentera laut negara ini melaksanakan pelbagai misi saintifik dan operasi menyelamat di mana-mana lokasi lautan dunia.

Belgorod

Kapal selam Belgorod yang mula dibina pada tahun 2019 itu dikendalikan oleh anggota unit rahsia Russia dipanggil “Main Directorate Deep Sea Research” (GUGI).

Panjang kapal selam gergasi itu adalah 184 meter dan beratnya adalah 17,000 tan (surfaced) dan 30,000 (submerged), serta dikatakan mampu bergerak selaju 32 knot sejam di bawah permukaan air.

Kapal selam terbesar dunia masih lagi “Typhoon” yang memiliki berat 48,800 tan (submerged) dan panjang 174 meter.

Mengenai sistem persenjataannya pula, apa yang paling utama dan mendapat perhatian pemerhati pertahanan adalah kapal selam Belgorod ini membawa enam buah torpedo nuklear (underwater unmanned vehicles) dipanggil “Poseidon”.

Bukan sahaja torpedo “ Poseidon” ini dilengkapi dengan kepada kepala peledak nuklear berkuasa dua megaton, tetapi ia juga dijana kuasa nuklear bagi membolehkan menyelam sejauh ribuan batu nautika jauhnya untuk membedil sasaran.

Belgorod
Kapal selam “Typhoon”

 

Ia adalah torpedo yang sama tarafnya dengan Inter-Continental Ballistic Missile (ICBM), seringkali dicop sebagai “Doomday Weapon.”

Presiden Russia Vladimir Putin telah pun mengesahkan kewujudan projek merekabentuk “torpedo gergasi” (Poseidon) dalam ucapannya pada 2018.

Ia adalah satu daripada enam projek senjata nuklear yang baru untuk tentera Russia.

“Poseidon” akan dilengkapi dengan peledak nukler berkuasa dua megaton, yang sekiranya dilancarkan daripada Laut Barents atau mana-mana perairan di Artik mampu menyelam sedalam lebih 1km di dasar laut untuk menyeberangi Lautan Atlantik dan membedil sasaran yang berada di tepi-tepi pantai di timur Amerika Syarikat seperti Los Angeles dan New York.

Belgorod
Torpedo “Poseidon”

 

Apabila peledak nukler yang dibawanya oleh “Poseidon” itu meledak di pesisir pantai Amerika Syarikat, ledakkan itu akan menyebabkan tsunami besar setinggi lebih 500 meter yang akan menyebabkan kemusnahan besar-besaran di bandar tepi pantai negara itu.

Kemusnahan daripada tsunami yang berpunca daripada ledakan “Poseidon” itu adalah jauh lebih dahsyat daripada pencemaran radiasinya yang dihasilkan daripada torpedo gergasi itu. — DSA

 

Comments are closed.