Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] “Poseidon”, Kiamat Dasar Laut Ciptaan Russia

0 626

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menurut laporan media-media Russia, negara itu bakal memiliki senjata nuklear diberikan gelaran sebagai “doomsday weapon” menjelang 2027, yang boleh mengatasi semua sistem peluru berpandu anti-ballistik (anti-ballistic missile) oleh pihak Barat.

Senjata nuklear ciptaan Russia itu dinamakan “Poseidon”, yang  merupakan dron dasar laut atau unmanned underwater vehicle (UUV), yang boleh melayari dasar laut mana-mana laut secara bersendirian selama berminggu-minggu untuk mencari sasaran.

 

(rakaman latihan pelancaran “Poseidon” oleh kapal selam Russia)

Ada pihak pula mengatakan “Poseidon” ini adalah torpedo gergasi yang hanya boleh dilancarkan oleh kapal-kapal selam yang dicipta khas untuk membawanya, kemungkinan  kerana saiznya torpedo itu yang amat besar.

Presiden Russia Vladimir Putin telah pun mengesahkan kewujudan projek merekabentuk “torpedo gergasi” (Poseidon) dalam ucapannya pada 2018. Ia adalah satu daripada enam projek senjata nuklear yang baru untuk tentera Russia. Untuk membolehkan “Poseidon”” berkemampuan menyelam selama berminggu-minggu sejauh lebih 10,000km, ia turut dilengkapi dengan sebuah reactor nuklear yang kecil yang menjana kuasa untuknya.

poseidon

Reaktor nuklear inilah yang akan menjana kekuatan dan ketahanan “Poseidon” untuk berada di dasar laut berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

“Poseidon” akan dilengkapi dengan peledak nukler berkuasa dua megaton, yang sekiranya dilancarkan daripada Laut Barents atau mana-mana perairan di Artik mampu menyeberangi Lautan Atlantik untuk menuju sasaran di tepi-tepi pantai di timur Amerika Syarikat.

Apabila peledak nukler yang dibawanya itu diletupkan di pesisir pantai Amerika Syarikat, ledakkan itu akan menyebabkan tsunami besar setinggi lebih 500 meter yang akan menyebabkan kemusnahan besar-besaran di bandar-bandar tepi pantai negara itu.

Kemusnahan daripada tsunami yang berpunca daripada ledakan “Poseidon” itu adalah jauh lebih dahsyat daripada pencemaran radiasinya yang dihasilkan daripada torpedo gergasi itu.

Russia telah pun mengenalpasti dua buah kapal selam yang akan melancarkan “Poseidon”, iaitu kapal selam “Belgorod” dan “Khabarovsk” yang dibina di limbunga kapal Sevmash di Severodvinsk.

Kedua-dua kapal selam yang direkabentuk khas itu berkemampuan membawa 16 buah “Poseidon”, cukup untuk membuat sesebuah negara itu mengalami “kiamat” ciptaan manusia.

Bayangkan kedua-dua kapal selam Russia itu mampu membawa 16 “Poseidon” yang mampu mencipta 16 Tsunami besar di mana-mana lokasi di dunia ini.

Poseidon

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...