Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kenderaan Kombat “Redback IFV” Oleh Hanhwa Defense Jadi Pilihan Australia

Syarikat Korea Selatan, Hanwha Defense mengalahkan syarikat pertahanan terkenal Jerman, Rheinmetall AG yang menawarkan kenderaan kombat “Lynx IFV” dalam persaingan Australia untuk memperolehi 129 buah kenderaan kombat IFV itu.

0 2,194

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu lagi bukti menunjukkan Korea Selatan kini adalah pemain utama industri pertahanan dunia, Kerajaan Australia baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah memilih “Redback IFV” (Infantry Fighting Vehicle) yang dibangunkan oleh syarikat negara itu,  Hanhwa Defense untuk digunakan oleh anggota tenteranya.

Syarikat Korea Selatan itu (Hanwha Defense) itu mengalahkan syarikat pertahanan terkenal Jerman, Rheinmetall AG yang menawarkan kenderaan kombat “Lynx IFV” dalam persaingan Australia untuk memperolehi 129 buah kenderaan IFV itu.

Media tempatan, Australia Broadcasting Corporation menyatakan bahawa “Redback IFV” keluaran Hanhwa Defense daripada Korea Selatan itu adalah “lebih baik” berbanding kenderaan IFV keluaran syarikat pertahanan terkenal Jerman itu, selepas penilaian terhadap kedua-dua kenderan itu.

Redback
“Redback IFV”

 

Syarikat Rheinmetall daripada Jerman itu terkenal kerana menghasilkan kereta kebal utama “Leopard.”

Menteri Industri Pertahanan Australia Pat Conroy mengesahkan pemilihan Redback IFV oleh Hanhwa Defense sebagai pemenang dan berkata perolehan itu adalah sebahagian daripada transformasi terhadap Tentera Darat Australia dalam menangani cabaran-cabaran strategik pada masa ini.

Kerajaan Australia bercadang memperolehi 129 buah Redback IFV keluaran Hanhwa Defense menerusi yang yang dipanggilnya “Land 400 Phase 3 Project” yang mensasarkan untuk menggantikan kenderaan berperisai M113 milik Tentera Darat negara itu.

Pada mulanya, projek itu dianggarkan bernilai AUD$10 bilion (RM30 bilion) dengan perolehan 450 buah kenderaan IFV sebelum peruntukan keseluruhan projek itu dikurangkan pada April lalu selepas kajian strategik pertahanan dan hanya 129 kenderaan.

Hanwha Defense bakal membina “Redback IFV” untuk dibekalkan kepada Angkatan Tentera Australia daripada kemudahan pembuatan tempatannya yang terletak di Geelong, yang terletak di selatan Melbourne.

Lynx
“Lynx IFV” oleh Rheinmetall AG

 

Kenderaan “Redback IFV” yang pertama untuk tentera darat Australia itu dijangka dikeluarkan pada 2027 dengan kesemuanya 129 buah kenderaan kombat yang dipesan oleh negara Oceania itu dijangka selesai dihantar pada 2028.

Kemudahan milik Hanwha Defense di Geelong itu juga bertanggungjawab membina 30 buah sistem meriam bergerak AS9 Huntsman 155mm dan 15 buah kenderaan armoured ammunition resupply vehicle (AARV) yang dipesan oleh Australlia bermula pada tahun depan.

AS9 “Huntsman” adalah varian untuk Australia bagi sistem meriam bergerak K9 keluaran Hanhwa Defense.

Hanwha Defense memenangi kontrak meriam bernilai AUD$1 bilion (RM3 bilion) daripada Australia itu pada 2021.

Kenderaan kombat “Redback IFV” adalah varian dipertingkatkan kemampuan daripada varian asal, K21 IFV yang kini digunakan oleh Tentera Darat Korea Selatan.

“Redback IFV” itu telah direkabentuk untuk memberikan tahap keselamatan kepada krew dengan mobility yang tinggi, pada masa yang sama keselesaaan kepada anggota tentera.

Huntsman
AS9 “Huntsman” oleh Hanhwa Defense

 

Kenderaan kombat seberat 42 tan itu juga diintergrasikan dengan fully-digitalised Battle Management System (BMS), mampu membawa tiga orang krew iaitu driver, komander dan gunner serta lapan orang anggota tentera lengkap bersenjata.

Untuk sistem pertahanannya, ia dilengkapi dengan “Iron Fist” Active Protection System (APS) yang boleh mempertahankannya daripada serangan peluru berpandu anti-kereta kebal menerusi sistem radar bersepadu dan sistem elektro-optik.

“Redback IFV” itu dilengkapi dengan turret “EOS T-2000” yang memiliki meriam Bushmaster 30mm, mesingan 7.62mm, bom asap dan dua pelancar peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike Long Range 2 (LR).”

Bagi enjinnya pula, ia dilengkapi dengan enjin MTU lapan silinder yang berkemampuan menjana kuasa sebanyak 1,000 kuasa kuda.

Redback
“Redback IFV” ketika ujian di Australia.

 

Dengan enjin sedemikian, kenderaan kombat “Redback IFV” keluaran syarikat Hanhwa Defense boleh dipandu selaju 65km sejam untuk radius operasi sejauh 520km.

Pada 2022, Korea Selatan telah memecah dominasi Eropah dan Amerika Syarikat untuk muncul sebagai di antara negara pengeksport senjata terbesar dunia.

Mengikut Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI), pada tahun 2000 Korea Selatan merupakan negara pengeksport senjata ke-30 terbesar di dunia sebelum kedudukannya melonjak ke tangga ke-lapan di antara 2017 hingga 2021.

Pada 2022,Korea Selatan muncul sebagai negara pengeksport keempat terbesar dunia dengan eksport senjatanya melonjak kepada kira-kira US$17 bilion (RM68 bilion), dibantu oleh konflik ketenteraan yang berlaku di Ukraine. — DSA

donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...