Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Arab Saudi Belanja US$3 bilion (RM13.5 Bilion) Peroleh Dron “Akinci” Turkiye

Pembelian dron "Akinci" Medium Altitude Long Endurance (MALE) buatan syarikat Baykar Technology bernilai US$3 bilion (RM13.5 bilion) oleh Arab Saudi itu merupakan kontrak pertahanan terbesar dicatat dalam sejarah Turkiye.

0 2,366

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Arab Saudi dilaporkan bakal membelanjakan US$3 bilion (RM13.5 bilion) untuk memperolehi sistem pesawat tanpa pemandu (dron) “Akinci” MALE (Medium Altitude Long Endurance) keluaran syarikat pertahanan Turkiye, Baykar Technology.

Pembelian dron Akinci MALE bernilai US$3 bilion oleh Arab Saudi merupakan kontrak pertahanan terbesar dalam sejarah Turkiye.

Perjanjian “pertahanan terbesar dalam sejarah Turkiye” itu telah ditandatangani ketika Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan melawat Arab Saudi baru-baru ini, tetapi jumlah kontrak dan bilangan dron dibeli Riyadh tidak pernah diumumkan sebelum ini.

Akinci

Perjanjian perolehan dron itu ditandatangani oleh Baykar Technology dan Kementerian Pertahanan Arab Saudi.

Baykar Technology telah mengeksport dron Bayraktar TB2 kepada 30 buah negara di seluruh dunia, namun bagi  dron Akinci, syarikat itu telah berjaya menjual dron yang baru dibangunkannya itu kepada angkatan tentera Turkiye, Pakistan dan Libya setakat ini.

Arab Saudi akan hanya menjadi negara keempat yang memperolehi dron Akinci.

Angkatan Tentera Turkiye telah menggunakan dron Akinci dalam misi-misi memburu anggota kumpulan pengganas, PKK serta kumpulan pengganas di Syria.

Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud dalam satu ciapan dalam akaun Twitter beliau sebelum ini berkata, perolehan dron buatan Turkiye itu adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan angkatan tenteranya dan kemampuan pembuatan senjata negara itu.

Akinci

Dalam satu lagi ciapan menerusi akaun Twitternya, ketua pegawai eksekutif Baykar Tech Haluk Bayraktar berkata pembelian oleh Arab Saudi itu merupakan “kontrak terbesar pertahanan dan aeroangkasa di dalam sejarah Republik Turkiye.”

Syarikat Baykar Tech juga menyatakan bahawa kontrak itu melibatkan produksi bersama dan pemindahan teknologi.

Dengan berat ketika berlepas pada 5,500kg, dron Akinci yang hanya melakukan penerbangan sulungnya pada 2019 itu boleh terbang setinggi 40,000 kaki dengan ketahanan operasi lebih daripada 24 jam.

Dron Akinci boleh dilengkapi dengan pelbagai sistem penderia dan elektronik termasuk electro-optic/infrared/laser designation (EO/IR/LD) sensor, multi-mode active radar Electronically Scanned Array (AESA) dan sistem Signal Intelligence (SIGINT).

Dengan segala peralatan ini, Akinci berkemampuan tinggi untuk melaksanakan misi-misi Intelligence, Surveillance dan Reconnaisance (ISR) dengan berkesan.

Akinci

 

SOM
Peluru berpandu SOM (Stand-Off Missile) yang dibangunkan oleh firma Roketsan dan berkemampuan dibawa oleh dron Akinci.

 

Selain untuk tugas-tugas ISR, dron Akinci juga boleh membawa muatan kira-kira 1.5 tan termasuk bom dan peluru berpandu.

Antara peluru berpandu yang boleh dibawa oleh dron MALE itu termasuklah Mini Smart Munition MAM-L, MAM-C, roket CIRIT, peluru berpandu UMTAS, Bozok, JDAM, peluru berpandu udara-ke-udara Gokdogan dan Bozdogan serta peluru berpandu stand-off, SOM.

Maximum Take-Off Weight (MTOW) dron Akinci adalah 6 tan. — DSA

donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...