Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kenderaan IFV Bradley “Dikuburkan” Di Ukraine, Amerika Kirim Pengganti

Dikatakan 15 buah kenderaan Infantry Fighting Vehicles (IFV) Bradley buatan Amerika Syarikat yang bakal dihantar ke Ukraine tidak lama lagi adalah untuk menggantikan 16 buah kenderaan kombat buatan negara itu yang musnah dalam dalam operasi menembusi kawasan diduduki tentera Russia di wilayah Zaphorizia di selatan Ukraine.

0 4,398

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menyalurkan bantuan ketenteraan tambahan bernilai US$325 juta (RM1. 3 bilion) kepada Ukraine meliputi penghantaran kenderaan-kenderaan berperisai dan sistem pertahanan udara.

Termasuk dalam bantuan ketenteraan terbaru Washington kepada Kiev adalah 25 buah kenderaan berperisai termasuklah 15 buah Bradley Infantry Fighting Vehicles (IFV) dan 10 buah kenderaan perisai Stryker.

Dikatakan 15 buah Bradley IFV yang bakal dihantar ke Ukraine tidak lama lagi adalah untuk menggantikan 16 buah kenderaan kombat buatan Amerika Syarikat itu yang musnah dalam dalam operasi menembusi kawasan diduduki tentera Russia di wilayah Zaphorizia di selatan Ukraine.

Leopard
Kereta perisai Bradley yang ditinggalkan oleh tentera Ukraine selepas serangan tentera Russia.

 

Pentagon meneruskan usaha membekalkan senjata kepada Ukraine daripada simpanannya termasuk peluru-peluru roket HIMARS, peluru-peluru meriam 105mm dan 155mm, peluru berpandu bagi sistem pertahanan udara NASAM, peluru berpandu anti-kereta kebal “Javelin” dan lain-lain.

Bantuan terbaru ini merupakan kali ke-40 Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat membenarkan pengeluaran senjata daripada simpanannya untuk dibekalkan kepada Ukraine sejak konflik yang berpunca daripada pencerobohan Russia pada Februari tahun lepas.

Berita tentang penghantaran lebih banyak kenderaan IFV Bradley itu muncul selepas laporan daripada medan konflik menunjukkan lebih daripada satu dozen kenderaan Bradley IFV telah musnah atau rosak dalam tempoh beberapa hari ini.

Mengikut laporan daripada laman web analisis peperangan Belanda, Oryx, sejumlah 16 buah kenderaan IFV Bradley yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine telah musnah atau rosak teruk dalam tempoh beberapa hari ini.

Menurut Oryx, sejumlah lima buah Bradley IFV telah musnah sepenuhnya manakala lima mengalami kerosakan yang teruk sehingga ia terpaksa ditinggalkan oleh anggota tentera Ukraine yang mengoperasikannya.

Bradley

Sejumlah 16 buah kenderaan Bradley IFV yang musnah itu hanyalah sebahagian kecil daripada 109 buah Bradley IFV yang dibekalkan oleh Washington kepada Kiev untuk berhadapan dengan tentera Russia.

Kemusnahan yang dialami oleh 16 buah kenderaan IFV Bradley itu berlaku apabila tentera Ukraine melaksanakan salah satu manuver tentera yang paling berisiko sepanjang konflik itu dipanggil “operasi memecah”. (Breaching Operation)

Operasi ini melibatkan tindakan “memecah” barisan pertahanan musuh yang disifatkan sebagai antara taktik ketenteraan yang paling berbahaya dan kompleks.

Apa yang membuatkan operasi dilaksanakan oleh tentera Ukraine ini lebih berbahaya adalah kerana ia dilakukan tanpa bantuan pesawat pejuang atau tembakan artileri, sekaligus mendedahkan kenderaan Bradley IFV itu kepada bahaya serangan balas pihak musuh yang menyebabkan kadar kemusnahan kenderaan tempur itu yang tinggi.

Penganalisis pertahanan dan bekas pegawai tentera British Nicholas Drummond memberitahu CNN bahawa kadar kemusnahan dialami oleh tentera Ukraine ada didalam jangkaan.

Bradley

Sementara itu penganalisa pertahanan bebas Oliver Alexander pula berkata kemusnahan dialami oleh tentera Ukraine itu berkemungkinan berpunca akibat melalui kawasan periuk api.

Selain itu, kenderaan-kenderaan perisai Ukraine juga berhadapan dengan tembakan peluru berpandu anti-kereta kebal dan dron berani mati yang sangat berkesan dalam melumpuhkan kenderaan berperisai itu.

Menurutnya, apa yang dihadapi oleh tentera Ukraine kini adalah sama dengan apa yang dilalui oleh tentera Russia pada awal konflik itu.

Beliau juga melahirkan kebimbangannya terhadap keberkesanan sistem pertahanan jarak dekat dan sistem peperangan elektronik yang digunakan oleh tentera Ukraine pada fasa serangan balas pada ketika ini. – – DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...