Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Rafale Dan Helikopter AW139, “Mereka Membeli Kita Menyewa”

Di Jakarta, Indonesia mengesahkan bahawa ia telah membeli 42 pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation, manakala di Butterworth kita menyewa secara jangka pendek empat buah helikopter AW139 untuk digunakan oleh TUDM.

28,253

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Angkatan Tentera Perancis Florence Parly dalam satu tweet-nya hari ini mengesahkan bahawa negara jiran kita, Indonesia telah bersetuju untuk membeli 42 buah pesawat pejuang Rafale yang dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation.

Kontrak pembelian enam buah pesawat itu telah ditandatangani manakala pembelian 36 buah lagi akan menyusul.

“Ia sudah rasmi. Indonesia memesan 42 buah pesawat Rafale. (It’s official. Indonesia orders 42 Rafales),” kata Florence Parly ketika melawat Indonesia.

Menteri Pertahanan Perancis itu juga dikatakan akan singgah di Kuala Lumpur sebelum ini, tetapi nampaknya Malaysia tidak berada di dalam “senarai kepentingan” bagi Paris.

Pihak kerajaan Indonesia turut mengesahkan bahawa kontrak pembelian pesawat Rafale itu telah ditandatangani dengan Perancis.

AW139
Helikopter AW139 (gambar kredit FB Hishammuddin)

 

 

Agensi berita nasional negara itu, ANTARA mengatakan Menteri Pertahanannya Prabowo Subianto mengesahkan bahawa perjanjian adalah untuk enam pesawat dengan pembelian akan disusuli dengan 36 buah pesawat.

Hari ini, sudah semestinya adalah hari yang amat menggembirakan bagi angkatan tentera Indonesia dan tentera udaranya.

Sementara itu, di Butterworth hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berada Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menghadiri Program Pengenalan Helikopter AW139.

Rafale
Pesawat Rafale

 

Kementerian Pertahanan menyewa secara jangkapendek empat buah helikopter AW139, sementara ia mencari pengganti bagi helikopter Sikorsky S-61 “Nuri” yang telah ditamatkan perkhidmatan oleh TUDM.

Suasana di Jakarta dan Butterworth adalah amat contrast bagi kedua-dua angkatan tentera Indonesia dan Malaysia.

Satu pihak membeli manakala satu lagi pihak menyewa.

Rafale

Di Jakarta, Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNIAU) memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale yang baru, manakala di Butterworth, Kementerian Pertahanan menyewa empat buah helikopter daripada sebuah syarikat swasta untuk digunakan oleh TUDM. (sewaan untuk sementara)

Kita dapat lihat, Jakarta berusaha memenuhi keperluan ketiga-tiga cabang angkatan tentera dengan perolehan pesawat pejuang Rafale, kapal perang daripada United Kingdom dan Itali, kapal selam Korea Selatan dan pelbagai sistem persenjataan untuk melindungi kedaulatan dan keselamatannya.

Sementara itu di Malaysia, semua pihak mengakui bahawa angkatan tentera kita berhadapan dengan masalah kekurangan aset-aset sama ada di udara, laut dan darat untuk mengawasi semua perbatasan negara dengan berkesan.

AW139
(gambar kredit FB Hishammuddin)

 

Diharapkan, keperluan ketiga-tiga cabang angkatan tentera kita akan dapat dipenuhi.

Mengulas mengenai sewaan empat buah helikopter AW139 ,Hishammuddin berkata ia mengguna pakai konsep (GOCOM –Government Operate Company Owned and Maintain) yang mana kesemua kos senggaraan pesawat berada di bawah tanggungjawab syarikat menyewakan helikopter iaitu Westar Aviation Services Sdn Bhd.

“Kaedah sewaan ini bukan sahaja lebih kos efektif berbanding melaksanakan pembelian helikopter baharu, malah membolehkan TUDM memanfaat aset diperlukan dalam tempoh masa lebih cepat.

AW139
(gambar kredit FB Hishammuddin)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

“TUDM memilih Helikopter AW 139 ini kerana kemampuannya untuk melaksanakan operasi yang memberikan kepentingan taktikal, operasional dan strategik serta mampu dioperasi pada waktu siang dan malam,” katanya.

Tambahnya, penggantian Helikopter NURI telah dirancang untuk dilaksanakan bermula 2026 yang mana sejumlah 12 helikopter akan diperoleh pada fasa 1 (RMK-13 iaitu 2026 hingga 2030) dan seterusnya 12 helikopter lagi akan diperoleh pada fasa 2 (RMK-14 iaitu 2031 hingga 2035). — DSA

Comments are closed.