Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

ESSCom Gempur “Pondohan” Dalam Operasi Gasak Laut

“Pondohan” atau petempatan atas air dikhuatiri berpotensi dieksploitasi penjenayah rentas sempadan untuk menjadi 'staging point' untuk jenayah penculikan, rompakan dan penyeludupan.

0 4,974

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Menerusi “Operasi Gasak Laut”, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan operasi yang menumpukan kepada usaha-usaha untuk merobohkan struktur-struktur haram dipanggil “pondohan” yang terdapat di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan di Kudat pada 18 Mei ini.

Komandernya DCP Hamzah Ahmad berkata operasi itu dilaksanakan sebagai langkah awal menangani pembinaan struktur haram “pondohan” di laut Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Pondohan” dikhuatiri berpotensi dieksploitasi penjenayah rentas sempadan menjadi ‘staging point’ untuk jenayah penculikan, rompakan dan penyeludupan.

Esscom

“Hasil tinjauan pasukan keselamatan menerusi aset udara serta pemeriksaan di lapangan,  mendapati kewujudan banyak pondohan haram di perairan berkenaan.

Operasi Gasak ini akan merobohkan sejumlah pondohan yang tidak berpenghuni selain diberikan notis pengosongan kerana bimbang menimbulkan ancaman kepada keselamatan masyarakat serta negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ESSCom pada bila-bila masa akan menggempur pondohan serta bagang yang dibina secara haram di sepanjang perairan ESSZone.

Esscom

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Mana-mana individu atau kumpulan diingatkan segera merobohkan pondohan atau bagang haram berkenaan sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah berkata pihak berkuasa akan mengeluarkan notis dibawah peruntukan Seksyen 48(1)(j) Enakmen Taman Taman Sabah 1984 pindahan 2007 serta Akta Imigresen 1959/1963 termasuk undang-undang lain sewaktu operasi itu dilaksanakan.

Hamzah juga berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pembinaan struktur haram di laut supaya melaporkan kepada Pusat Operasi ESSCom di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp 011-63311072.

Sabah

Kumpulan-kumpulan penjenyah yang melakukan kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan pengganas Abu Sayyaf masih cuba untuk menceroboh kawasan dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Baru-baru ini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata oleh kerana itulah perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan sehingga 25 April depan.

— DSA

Comments
Loading...