Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Media, Blog Pertahanan Korea Selatan Dakwa M’sia Bakal Pilih FA-50?

Media dan blog pertahanan Korea Selatan itu memetik sumber daripada industri pertahanan Korea Selatan, yang turut mendakwa bahawa pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi mengenai perolehan pesawat FA-50 oleh Malaysia.

0 6,472

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Media dan blog pertahanan Korea Selatan hari ini menimbulkan sedikit “kegemparan” apabila mendakwa bahawa Malaysia telah bersetuju untuk membeli 18 buah pesawat latihan lanjutan/pejuang ringan “FA-50” yang dianggarkan bernilai US$777 juta (RM3.1 bilion).

Media dan blog pertahanan Korea Selatan itu memetik sumber daripada industri pertahanan Korea Selatan, yang turut mendakwa bahawa pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi mengenai perolehan pesawat FA-50 oleh Malaysia.

Pesawat FA-50 itu dibangunkan oleh gergasi aeroangkasa negara itu, Korea Aerospace Industries (KAI) hasil kerjasama dengan syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat.

FA-50
Laporan oleh blog pertahanan Korea Selatan sebelum ia ditarik balik.

 

Media dan blog pertahanan Korea Selatan itu juga berkata bahawa Malaysia bakal membayar separuh daripada kos pembelian pesawat itu menggunakan minyak sawit dan produk-produk hilirannya, sebagaimana syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Berita yang dikeluarkan oleh media dan blog pertahanan Korea Selatan itu telah “keterujaan” di pihak media dan blog pertahanan Malaysia.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas mengeluarkan berita tentang persetujuan Malaysia untuk membeli pesawat itu, blog pertahanan Korea Selatan terbabit menarik balik berita berkenaan dengan mengatakan bahawa media negara itu yang dijadikan sumbernya telah memperolehi maklumat yang salah.

Oleh kerana itulah, ia menarik balik berita tentang Malaysia dan FA-50 itu untuk mengelak sebarang kekeliruan.

FA-50
Pesawat FA-50 keluaran syarikat Korea Aerospace Industries (KAI)

 

Bagaimanapun dalam kenyataan selanjutnya, blog pertahanan itu mengatakan bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memiliki pilihan yang jelas tentang pesawat latihan lanjutan/pejuang ringan yang mahu dimilikinya, mengikut sumber daripada pihak industri

Ia bagaimanapun tidak menyatakan pesawat latihan lanjutan/pejuang ringan yang menjadi pilihan TUDM itu, walaupun banyak pihak mendakwa Kementerian Pertahanan dan TUDM condong ke arah pesawat FA-50.

Ini semua berlaku ketika apa yang admin perhatikan “last ditch effort” oleh pihak India untuk memaksa Malaysia memilih pesawat “Tejas” dengan menawarkan peningkatan pembelian minyak kelapa sawit  daripada negara.

Defence Security Asia difahamkan bahawa KAI telah menawarkan varian FA-50 Block 20 untuk memenuhi kehendak TUDM bagi mendapatkan 18 buah pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA).

FA-50

pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada Malaysia secara amnya dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan canggih seperti “Sniper Advance Targeting Pod,” 20mm gun, peluru berpandu AIM-9, GBU-12 LGB Integration,  GBU-38 JDAM (Joint Direct Attack Munitions) dan peluru berpandu AGM-65 Maverick.

 Selain itu, pesawat FA-50 Block 20 itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan Air-To-Air Refuelling Probe (AAR Probe) untuk melakukan pengisian minyak di udara dan Link 16 Block Upgrade 2.

 Kemudahan AAR Probe itu akan memastikan pesawat FA-50 Block 20 itu berkemampuan beroperasi pada jarak yang lebih jauh dan lebih lama.

FA-50
Pesawat FA-50 Varian Multi Role Combat Aircraft (MRCA)

 

Selain itu syarikat Korea Selatan itu juga menawarkan pemindahan teknologi termasuk mendirikan pusat pemasangan akhir (final assembly line) di Malaysia untuk menampung peningkatan permintaan pesawat FA-50 di seluruh dunia.

KAI juga menawarkan beberapa pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan sekiranya ia berjaya memenangi tender Kementerian Pertahanan itu.

Pada admin, pesawat FA-50 daripada segi spesifikasi teknikal dan tawaran pemindahan teknologi kepada industri tempatan tetap yang terbaik. — DSA

Comments
Loading...