Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Haiti Tembak Mati Tujuh Penyerang Terlibat Dalam Pembunuhan Presiden Negara Itu

Ketua Polis Haiti Leon Charles tiga anggota polis yang dijadikan tebusan oleh kumpulan penyerang itu berjaya dibebaskan.

1,964

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu insiden tembak-menembak, Polis Haiti  telah berjaya menembak mati tujuh penyerang yang terlibat dalam pembunuhan Presiden Haiti Jovenel Moise manakala enam yang lain berjaya ditangkap.

Ketua Polis Haiti Leon Charles tiga anggota polis yang dijadikan tebusan oleh kumpulan penyerang itu berjaya dibebaskan.

“Serangan pada pukul 1 pagi terhadap kediaman Presiden Haiti itu dilakukan oleh kumpulan yang amat terlatih dan dilengkapi dengan senjata berat.Mereka telah menembak Jovenel dan isterinya, Martine,” katanya dalam sidang media.

Martine yang mengalami kecederaan parah, telah diterbangkan ke Miami untuk menerima rawatan lanjut di salah sebuah hospital.

Menurut ketua polis Haiti itu lagi, pihaknya meneruskan buruan kumpulan pembunuh upah luar yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kejadian pembunuhan presiden negara itu yang menyebabkan ketidakstabilan di negara itu yang memiliki 11 juta penduduk.

Haiti
Mendiang Presiden Jovenel Moise.

 

Haiti ini terletak kira-kira 1,100km daripada Amerika Syarikat.

“Sama ada mereka (kumpulan pembunuh luar) akan terbunuh dalam pertempuran atau ditangkap,” kata Charles sambil menambah bahawa sesiapa yang terlibat dalam kejadian pembunuhan itu akan menerima hukumannnya.

Sementara itu duta Haiti ke Amerika Syarikat Bochit Edmond mengatakan bahawa kumpulan (mercenaries) yang terlibat dalam pembunuhan Jovenel itu bertutur dalam bahasa Sepanyol serta Inggeris dan menyamar sebagai anggota DEA (Drug Enforcement Agency) Amerika Syarikat ketika mereka memasuki rumah Jovenel yang terletak di Port-Au-Prince.

Haiti

Beliau juga menyifatkan kumpulan itu amat terlatih.

Mendiang Jovenel merupakan pedagang pisang sebelum menyertai politik dan berjaya menjawat jawatan presiden pada 2017.

Sejak setahun lepas, beliau memerintah Haiti menerusi dekri selepas gagal mengadakan pilihanraya umum, yang menyebabkan kemarahan ramai penduduk Haiti.

Haiti

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.