Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Haiti Tangkap 15 Rakyat Colombia, Dua Amerika Syarikat “Kumpulan Pembunuh” Presidennya

Sementara itu Taiwan pula berkata, ia menangkap 11 orang di kawasan kedutaannya di Haiti yang juga dipercayai menganggotai kumpulan pembunuh asing itu.

0 1,690

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Polis Haiti telah menangkap 15 rakyat Colombia kebanyakkannya bekas tentera dan dua rakyat Amerika Syarikat yang didakwa terlibat dalam pembunuhan presiden negara itu, Jovenel Moise di kediamannya beberapa hari lepas.

Sementara itu Taiwan pula berkata, ia menangkap 11 orang di kawasan kedutaannya di Haiti yang juga dipercayai menganggotai kumpulan pembunuh asing itu.

Ketua Polis Haiti Leon Charles yang mengumumkan penangkapan itu berkata, setakat ini pihaknya telah mengenalpasti 28 orang yang terlibat dalam insiden yang menyebabkan kematian Jovenel manakala isterinya, Martine cedera parah.

Pihak berkuasa negara Carribean itu turut menunjukkan kepada media tempatan warga-warga asing yang ditangkap oleh mereka kerana dipercayai terlibat dengan pembunuhan presiden Haiti itu.

Mereka turut memaparkan senjata-senjata yang digunakan,passport dan dokumen lain.

Haiti
Gambar kredit AP

 

Charles berkata, “ Warga asing datang ke negara kami untuk membunuh presiden. Kita akan meningkatkan usaha siasatan kita untuk mencari lapan lagi anggota kumpulan pembunuh asing ini yang masing bebas.”

Sebelum ini beliau turut mengatakan beberapa warga asing kumpulan pembunuh itu telah ditembak mati dalam insiden berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Haiti tidak lama selepas kejadian pembunuhan Jovenel itu.

Sementara itu Menteri Pertahanan Colombia Diego Molano mengakui bahawa sebahagian daripada warganya yang ditahan oleh Polis Haiti itu merupakan bekas anggota tentera negara Amerika Latin itu.

Beliau menyatakan akan membantu Haiti dalam siasatan pembunuhan presidennya itu.

Haiti
Gambar kredit AP

 

Jabatan Negara Amerika Syarikat pula menyatakan ia tidak dapat mengesahkan dakwaan pihak berkuasa Haiti telah menahan dua rakyatnya kerana dipercayai terlibat dalam insiden pembunuhan itu.

Bagaimanapun Menteri Pilihanraya Haiti Mathias Pierre berkata kedua-dua rakyat Amerika Syarikat yang ditangkap itu dikenali dengan nama, James Solages, 35, dan Joseph Vincent, 55.

Kedua-dua mereka adalah rakyat Amerika Syarikat tetapi keturunan Haiti.

Haiti
Gambar kredit AP

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...