Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Poland Borong 48 Buah Pesawat FA-50, 180 Kereta Kebal K2 Black Panther

Menteri Pertahanan Poland berkata perolehan 48 buah pesawat FA-50 itu akan cukup untuk melengkapkan tiga buah skuadron,dengan pesawat pejuang ringan pertama yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) akan diperolehi oleh Warsaw pada tahun depan.

0 3,738

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi pertahanannya berikutan peperangan yang melanda negara jirannya iaitu Ukraine, Poland telah mengesahkan bahawa  ia akan membeli 48 buah pesawat pejuang ringan FA-50 daripada Korea Selatan.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Pertahanan negara itu Mariusz Blaszczak dalam satu temuramah dengan majalah tempatan baru-baru ini.

Beliau berkata perolehan 48 buah pesawat FA-50 itu akan cukup untuk melengkapkan tiga buah skuadron,dengan pesawat pejuang ringan pertama yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) akan diperolehi oleh Warsaw pada tahun depan.

FA-50

Blaszczak juga yang telah melawat kilang KAI baru-baru ini dimana beliau telah melahirkan hasrat untuk membeli pesawat pejuang ringan FA-50.

Poland dilaporkan mahu memperoehi sejumlah 48 buah pesawat FA-50 Block 20 (sebagaimana yang ditawarkan kepada TUDM) yang dilengkapi dengan radar AESA.

Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol turut telah bertemu dengan Presiden Poland Andrzej Duda di Sepanyol ketika persidangan NATO untuk membincangkan tentang penjualan pesawat-pesawat pejuang ringan FA-50 kepada negara Eropah Timur itu.

Selain daripada pesawat FA-50 yang bakal diperolehi oleh Poland, negara Eropah Timur itu juga akan memperolehi 180 buah kereta kebal utama K2 Black Panthers yang dihasilkan oleh Korea Selatan untuk mengukuhkan pertahanan armornya.

Ia akan memperolehi kereta kebal utama pertama pada tahun ini, dengan Poland turut merancang untuk mengeluarkan kereta kebal itu secara dalam negara dengan kerjasama produksi bersama syarikat pengeluar kereta kebal itu, Hyundai Rotem.

K2 Black Panther
Kereta Kebal K2 Black Panther Korea Selatan

 

Kereta kebal utama K2 Black Panther yang mempunyai berat 55 tan hingga 61 tan itu.

Ia menggunakan meriam Rheimetall 120 mm L55 smoothbore gun, mula memasuki perkhidmatan tentera Korea Selatan pada 2016 apabila 100 buah kereta kebal diserahkan kepada tentera negara.

Tentera Korea Selatan menjangkakan sehingga 300 buah K2 Black Panther akan berkhidmat dengan tentera Korea Selatan.

Memandangkan Black Panther ini agak ringan berbanding kereta kebal Abrams (yang gunakan enjin 1,500 kuasa kuda), tetapi kereta kebal Korea Selatan ini lagi berkuasa daripada segi power-to-weight-ratio.

Black Panther
K2 Black Panther

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Bagi armor pula, ia menggunakan modular compsite armor dengan komposisinya dirahsiakan serta blok-blok Explosive Reactive Armor (ERA), dengan pemerhati pertahanan mengatakan tahap protection ia adalah setaraf dengan kereta kebal MIA2 Abrams tentera Amerika Syarikat.

Selain memperolehi kereta kebal utama daripada Korea Selatan, Poland turut menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk membeli 250 buah kereta kebal Abrams M1A2 SEPv3  bernilai US$5.9 bilion (RM24.7 bilion).  — DSA

 

 

Comments
Loading...