Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Lebih 1.2 juta Warga China “Hilang” Di Malaysia?

Rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang, namun, jumlah yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1.2 juta berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

0 2,162

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro dan Berita Harian hari ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan                   seramai 7,177,043 orang. warga China tiba di Malaysia bagi tempoh berkenaan.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

KLIA

Kenyataan itu adalah jawapan bertulis KDN kepada soalan Datuk Shabudin Yahaya (BERSATU-Tasek Gelugor), yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia di antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.

Mengulas lanjut, KDN memaklumkan, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan, seramai 2,960 wanita warga China direkodkan berkahwin dengan lelaki tempatan bagi tempoh 2018 hingga 2021.

“Seksyen 27 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) menyatakan, perkahwinan bagi tiap-tiap orang yang bermastautin secara biasanya di Malaysia bagi setiap individu yang bermastautin di luar negara adalah seorang warganegara atau berdomisil di Malaysia selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah didaftarkan menurut akta ini,” katanya.

Semalam, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dilaporkan oleh media tempatan sebagai berkata bahawa ia menjangkakan sektor pelancongan Malaysia dan China akan kembali beroperasi sebaik sahaja negara berkenaan melonggarkan sekatan perjalanannya.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Duta Besar China di Malaysia, Ouyang Yujing, berkata beliau percaya bilangan pelancong ke kedua-dua negara akan meningkat ketara bersandarkan tarikan tersendiri yang ditawarkan Malaysia-China.

“Bagi mempromosikan kedua-dua destinasi, Pusat Kebudayaan China berpangkalan di Kuala Lumpur akan mempercepatkan pembabitannya dengan MATTA dan seterusnya menggalakkan pertukaran pelancong dan kemaskini produk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang. — DSA

Comments
Loading...