Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat TUDM, Amerika Syarikat Dari USS Theodore Roosevelt Adakan Latihan

Pesawat Su-30MKM dan F/A-18D mewakili TUDM, sementara USN diwakili oleh pesawat F/A-18 E/F dan EA-18G dari USS Theodore Roosevelt Carrier Strike Group (CVN 71).

0 2,332

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan United States Navy (USN) telah melaksanakan Passing Exercise atau PASSEX di kawasan latihan yang digazetkan pada 6 hingga 7 April 21.

Pesawat Su-30MKM dan F/A-18D mewakili TUDM, sementara USN diwakili oleh pesawat F/A-18 E/F dan EA-18G dari USS Theodore Roosevelt Carrier Strike Group (CVN 71).

TUDM
Gambar kredit TUDM

Eksesais selama dua (2) hari ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan diplomatik dua hala dan diplomasi ketenteraan.

Adalah suatu keistimewaan untuk beroperasi dengan Angkatan Laut AS pada tahun ini dalam PASSEX yang mana dapat meningkatkan operasi dan kerjasama menyeluruh antara kedua-dua pasukan. Eksesais pada tahun ini menumpukan kepada “Dissimilar Basic Fighter Maneuver” dan “Dissimilar Air Combat Tactics”.

Beberapa hari admin ada melaporkan bahawa kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Theodore Roosevelt (CVN-71) dipercayai dalam perjalanan ke Laut China Selatan, selepas dikesan berada di Selat Melaka dan Singapura hari ini.

Turut sama mengiringi kapal pengangkut pesawat itu adalah kapal destroyer kelas Arleigh-Burke USS Russel (DDG-59) dan kapal cruiser kelas Ticonderoga USS Bunker Hill (CG-59).

TUDM
Gambar kredit TUDM
TUDM
Gambar kredit TUDM

Kemungkinan besar, kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt dan kapal-kapal pengiringnya itu sedang dalam perjalanan ke Jepun atau ke Guam.

Bagaimanapun, sebelum ke Jepun atau ke Guam, USS Theodore Roosevelt dan kapal-kapal pengiringnya sebagaimana admin jangkakan akan singgah dan “park” selama beberapa hari di Laut China Selatan untuk “latihan”.

Admin turut melaporkan bahawa kapal destroyer kelas-Murasame JS Ariake turut dikesan belayar meninggalkan Singapura untuk menuju ke Laut China Selatan.

SEMUA MAKLUMAT DAN GAMBAR ADALAH KREDIT TUDM

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...