Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Indonesia Bakal Peroleh Lapan Kapal Friget “Mogami” Dari Jepun

Dalam perjanjian kerjasama itu, Jepun dicadang membekalkan sehingga lapan buah kapal friget jenis-Mogami kepada Indonesia.

0 1,905

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Pada akhir bulan lepas, Jepun dan Indonesia telah menandatangani perjanjian pertahanan yang bakal melihat peningkatan kekuatan laut negara jiran Malaysia.

Dalam perjanjian kerjasama itu, Jepun dicadang membekalkan sehingga lapan buah kapal friget jenis-Mogami kepada Indonesia.

mogami

Kapal friget Mogami juga dikenali sebagai 30FFM, 30FF, 30DX, or 30DEX. Mengikut laporan, kemungkinan besar empat daripada kapal friget kelas-Mogami itu akan dibina di limbungan kapal tempatan dibawah syarikat PT- PAL menerusi pemindahan teknologi di anyara Jepun dan Indonesia.

Pada 3 Mac 2021, syarikat Jepun Mitsubishi Heavy Industries telah melancarkan kapal friget Mogami yang pertama daripada 22 buah yang dipesan oleh tentera laut Jepun (dipanggil Japan Maritime Self Defense Forces).

Menurut Kementerian Pertahanan Indonesia, belanjawan pertahanan negara itu dijangka meningkat kira-kira 20 peratus bermula tahun 2020 mengikut pelan permodenan oleh kerajaan pimpinan Presiden Jokowi.

Kerajaan Indonesia telah memperuntukkan sebanyak US$9.26 billion untuk pettahanan pada 2020, iaitu peningkaran sebanyak 19.8 peratus berbandimg belanjawan pertahanan pada 2019.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jepun mula mengeksport barangan pertahanannya bagi mewujudkan aktiviti ekonomi

Berikutan penamatan self-imposed ban in 2014, Jepun mula mempromosi peralatan pertahanannya kepada pasaran perrahanan antarabangsa dan ia telah berjaya menarik beberapa negara untuk menggunakan peralatan pertahanan keluaran syarikat Jepun.

Friget kelas-Mogami merupakan kelas kapal perang terbaru yang bukan sahaja direkabentuk untuk halimunan tetapi juga adalah friget serba guna serta firekabentuk dalam negara untuk kegunaan tentera laut Jepun.

Rekabentuk halimunan friget Mogami ini adalah berdasarkan kepada r&d daripada Mitsubishi X-2 Shinshin stealth fighter technology demonstrator yang dibangunkan oleh Mitsubishi Heavy Industries.

Friget kelas-Mogami memilik panjang 130 meter dan berat sehingga 5,500 tan (full load) 3,900 tons.

Kapal friget ini dijana oleh sistem propulsion combined diesel and gas (CODAG) bagi membolehkan ia meluncur kelajuan maksima 30 knots (56 km/h).

Bagi sistem persenjataannya pula, ia dilengkapi satu 127mm Mk 45 naval gun, dua remote weapon stations, 16 Mk 41 Vertical Launching System (VLS), 8 peluru berpandu anti-kapal, satu torpedo SeaRAM, torpedoes dan pelancar decoy. Friget Mogami juga dipasang versi tentera laut Type 03 Chu-SAM, a Medium-Range Surface-to-Air Missile.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...