Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

USS Makin Island Amphibious Ready Group (ARG) Menuju Ke Laut China Selatan

Terbaru, sebuah lagi kapal perang Amerika Syarikat iaitu USS Makin Island (LHD 8) dikesan sedang belayar di Selat Melaka dipercayai menuju ke Laut China Selatan bersama-sama kapal-kapal perang amphibious transport dock, USS San Diego dan USS Somerset.

0 3,220

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini, satu demi satu kapal perang Amerika Syarikat sedang menuju ke Laut China Selatan untuk menyertai kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt yang sudah pun berada di perairan strategik itu.

Terbaru, sebuah lagi kapal perang Amerika Syarikat iaitu USS Makin Island (LHD 8) dikesan sedang belayar di Selat Melaka dipercayai menuju ke Laut China Selatan bersama-sama kapal-kapal perang amphibious transport dock, USS San Diego dan USS Somerset.

USS Makin Island

USS Makin Island, USS San Diego dan USS Somerset adalah sebahagian daripada elemen Makin Island Amphibious Ready Group (ARG) yang turut membawa kira-kira 5,000 anggota tentera Marines daripada 15th Marine Expeditionary Unit (MEU) untuk melakukan amphibious landing.

Di atas dek USS MakinIsland, pesawat-pesawat pejuang F-35B Lightning II bersedia untuk berlepas melakukan serangan-serangan udara jarak jauh serta untuk project air power.

Makin Island ARG berada di Teluk Parsi sebelum ini terlibat dalam “Operation Inherent Resolve” untuk memerangi ISIS and operasi anti-terrorisme di Syria dan Iraq.

Sebagaimana yang kita ketahui, kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevelt dan kapal-kapal pengiringnya kapal perang destroyer Arleigh Burke USS Russel (DDG-59) serta kapal cruiser kelas Ticonderoga USS Bunker Hill (CG-59) telah pun berada di Laut China Selatan ketika ini.

Pada 6-7 April lepas, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan United States Navy (USN) daripada USS Theodore Roosevelt Carrier Strike Group telah melaksanakan Passing Exercise atau PASSEX di kawasan latihan yang digazetkan.

F-35B Lightning II
Pesawat pejuang F-35B Lightning II di atas dek USS Makin Island

Pesawat Su-30MKM dan F/A-18D mewakili TUDM, sementara USN diwakili oleh pesawat F/A-18 E/F dan EA-18G dari USS Theodore Roosevelt.

Eksesais selama dua (2) hari ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan diplomatik dua hala dan diplomasi ketenteraan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM semalam.

Kehadiran Makin Island Ampibious Ready Group (USS Makin Island, USS San Diego, USS Somerset) dan USS Theodore Roosevelt Carrier Strike Group (termasuk USS  Russel, USS Bunker Hill) di Laut China Selatan beberapa hari akan datang ini akan memberikan signal kepada China.

Dua buah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat bakal berada di Laut China Selatan.

Kehadiran dua buah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat di Laut China Selatan ini berlaku ketika China menghantar kapal pengangkut pesawatnya “Liaoning” dan lima buah kapal-kapal pengiring untuk mengadakan latihan di perairan berhampiran dengan Taiwan.

Osprey
Osprey dan CH-53 turut sama beroperasi di atas USS Makin Island.

Tidak cukup dengan itu, China turut mengerahkan puluhan pesawat-pesawat pejuang, pengebom dan peronda maritimnya untuk menceroboh Air Defence Identification Zone (ADIZ) Taiwan sejak beberapa hari lepas.

Menurut penganalisis pertahanan, kehadiran begitu banyak pesawat-pesawat pejuang China di ADIZ Taiwan itu adalah sebahagian daripada latihan atau simulasi serangan terhadap kapal-kapal perang musuh.

Semalam, kapal destroyer kelas Arleigh Burke USS John S.McCain (DDG-56) melakukan pelayaran rutin di Selat Taiwan, tindakan yang dianggap provokatif oleh pihak China.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...