[VIDEO] Dua Pesawat Perang Dunia Kedua Bertembung Sesama Sendiri Di Dallas
Kedua-dua pesawat itu, Boeing B-17 Flying Fortress dan Bell P-63 Kingcobra sedang mengadakan pertunjukkan udara apabila mereka bertembung sesama sendiri di Dallas Executive Airport pada 1.30 petang, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA).
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua buah pesawat bersejarah Perang Dunia Kedua bertembung sesama sendiri ketika mengadakan pertunjukan udara di Dallas, Amerika Syarikat, dengan nasib enam penumpang masih tidak diketahui sehingga kini.
Kedua-dua pesawat itu, Boeing B-17 Flying Fortress dan Bell P-63 Kingcobra sedang mengadakan pertunjukkan udara apabila mereka bertembung sesama sendiri di Dallas Executive Airport pada 1.30 petang, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA).
Video-video menunjukkan saat-saat akhir pelanggaran kedua-dua pesawat bersejarah itu telah tersebar di media-media sosial.
Sejurus selepas kedua-dua pesawat itu berlanggar di udara, pesawat malang tersebut telah terhempas di lapangan terbang terbabit dan menyebabkan letupan dan kebakaran besar sambil disaksikan oleh orang ramai yang hadir menyaksikan pertunjukan udara itu.
Salah seorang penonton, Anthony Montoya sebagaimana dipetik oleh media tempatan berkata, beliau tidak dapat bergerak kerana terkejut dengan kejadian malang yang berlaku di hadapannya.
🚨#BREAKING: Mid-air collision reported at Dallas Airshow⁰⁰📌#Dallas l #Texas ⁰⁰Watch as two aircraft crash in A Mid-air collision reported at Wings Over Dallas Airshow in Texas the number of injuries are currently unknown One of the planes involved was a B-17 Bomber pic.twitter.com/GPf6Jxtf3P
— R A W S A L E R T S (@rawsalerts) November 12, 2022
“Saya hanya mampu berdiri sahaja.Saya amat terkejut dan masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Semua orang yang berada di sekeliling juga amat terkejut dan ada yang hanya mampu menangis,” kata pemuda berusia 27 tahun yang hadir di lapangan terbang itu untuk menyaksikan pertunjukan udara.
Seorang lagi penonton, Aubrey Anne Young pula berkata, ia adalah sesuatu yang amat mengerikan untuk melihat insiden itu di depan matanya.
🚨#BREAKING: New angle of the mid-air collision
Watch as new videos shows a new angle of the mid-air collision shows B-17 and other aircraft flying formations at Wings Over Dallas air show when it was hit by a Curtiss P-36 Hawk and fell to the ground pic.twitter.com/8jU60aOol7
— R A W S A L E R T S (@rawsalerts) November 12, 2022
Seorang wanita yang berada di sebelahnya kata beliau, hanya mampu meraung melihat video yang memaparkan pelanggaran dua buah pesawat bersejarah Perang Dunia Kedua itu.
Sementara itu, Datuk Bandar Dallas Eric Johnson menyifatkan kejadian itu sebagai suatu tragedi.
“Video kejadian malang itu amat menyedihkan,” kata beliau.
Pesawat Boeing B-17 Flying Fortress merupakan pesawat pengebom empat enjin yang merupakan tulang belakang kepada kempen pengeboman tentera Amerika Syarikat pada Perang Dunia Kedua.
Manakala pesawat Bell P-63 Kingcobra adalah pesawat pejuang yang kerap digunakan oleh tentera udara Soviet ketika Perang Dunia Kedua.
Kebanyakkan pesawat pengebom Boeing B-17 Flying Fortress telah dilupuskan pada akhir Perang Dunia Kedua dan hanya beberapa buah masih boleh beroperasi pada ketika ini untuk tontonan di muzium-muzium serta pada pertunjukkan udara, menurut Boeing. — DSA
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Comments are closed.