Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Konflik Ukraine Buktikan Teknologi Barat Lebih Baik – Jeneral Jerman

Salah seorang pegawai tinggi tentera udara Jerman Jeneral Chris Badia, siri kekalahan yang dialami oleh tentera Russia di Ukraine membuktikan keberkesanan teknologi persenjataan negara-negara Barat dan bagaimana negara yang menggunakan teknologi Barat mempunyai kelebihan di medan perang.

0 4,563

(DEFENCE SECURTY ASIA) – Beberapa hari lepas Russia memutuskan untuk mengundurkan di antara 30,000 hingga 40,000 anggota tenteranya daripada Kherson, dalam satu lagi contoh tentang “kesukaran” yang sedang dihadapi oleh Moscow dalam kempen ketenteraannya di Ukraine.

Menurut salah seorang pegawai tinggi tentera udara Jerman Jeneral Chris Badia, siri kekalahan yang dialami oleh tentera Russia di Ukraine membuktikan keberkesanan teknologi persenjataan negara-negara Barat dan bagaimana negara yang menggunakan teknologi Barat mempunyai kelebihan di medan perang.

“Konflik di Ukraine menunjukkan kita satu perkara iaitu teknologi Barat adalah kunci penting,” katanya yang merupakan timbalan komander tertinggi NATO bagi transformasi ketika bercakap pada symposium di Washington D.C baru-baru ini.

Amerika Syarikat merupakan negara penyumbang terbesar kepada Ukraine, dengan bantuan ketenteraan berjumlah US$20.3 bilion (RM81 bilion) sejak 2014, termasuk US$17.6 bilion (RM70.4 bilion) sejak Russia menceroboh Ukraine pada 24 Februari yang lalu.

Diantara peralatan keselamatan dan ketenteraan yang disumbang oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine termasuklah peluru berpandu Stinger, sistem anti-armor Javelin, meriam, sistem pesawat tanpa pemandu,kenderaan taktikal, peralatan electronic jamming, peluru dan pelbagai peralatan lain.

NLAW
Tentera Ukraine dengan NLAW

 

Selain Amerika Syarikat, negara-negara Barat lain turut menyumbang pelbagai peralatan ketenteraan dan keselamatan kepada Ukraine seperti meriam, kenderaan tempur, peluru berpandu pesawat jarak rendah dan lain-lain bagi membantu anggota tenteranya menentang pencerobohan tentera Russia.

Pegawai-pegawai Ukraine berpuashati dengan kemampuan sistem persenjataan moden yang disumbang oleh negara-negara untuk anggota tenteranya.

Menurut pegawai tentera udara Jerman itu, pegawai-pegawai kanan Pentagon Amerika Syarikat berpendapat bahawa Russia tidak berupaya untuk menangani sistem persenjataan Barat yang digunakan oleh Ukraine.

Ini dapat dilihat dengan kekalahan demi kekalahan dialami oleh tentera Russia di Ukraine.

Ukraine
Tentera Ukraine melancarkan sistem Loitering Munitions “Switchblade”.

 

Menteri Pertahanan Ukraine Oleksii Reznikov berkata, Russia mesti dikalahkan di medan peperangan dan Ukraine telah pun menunjukkan kepada dunia bahawa ia berkemampuan untuk mengalahkan Russia.

 Beberapa hari lalu, Panglima tentera tertinggi Amerika Syarikat menganggarkan kira-kira 100,000 anggota tentera Russia sama ada maut atau tercedera dalam konflik di Ukraine, yang bemula pada akhir Februari tahun ini.

“Kita melihat lebih daripada 100,000 anggota tentera Russia maut atau cedera dalam konflik itu. Bilangan tentera Ukraine yang maut atau cedera juga adalah hampir sama,” kata beliau sebagaimana dipetik oleh akhbar, The New York Times.

Pencerobohan tentera Russia di Ukraine katanya juga telah menyebabkan kira-kira 40,000 penduduk awam negara itu maut dan menyebabkan di antara 15 juta hingga 30 juta penduduk terpaksa melarikan diri daripada kediaman masing-masing.

Bayraktar TB2
Seorang pegawai tentera Ukraine bersama dron “Bayraktar TB2” buatan syarikat Baykar daripada Turkiye.

 

Baru-baru ini juga, pihak tentera Russia didakwa kehilangan 25 peratus atau 23 buah helikopter penyerang Ka-52 “Alligator” sejak konflik bersenjata di Ukraine tercetus, menurut Kementerian Pertahanan United Kingdom.

Dalam satu update menerusi akaun Twitter miliknya beberapa hari lepas, Kementerian Pertahanan United Kingdom menyatakan bahawa Russia memiliki 90 buah helikopter penyerang itu di dalan angkatan tenteranya.

Menurutnya, kemungkinan besar helikopter penyerang Russia itu menjadi mangsa kepada sistem peluru berpandu pertahanan udara (manpads)  Ukraine yang telah disumbang oleh Amerika Syarikat dan rakan-rakannya. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE 

 

 

 

Comments
Loading...