Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat China Tiru Rekabentuk Dron Turki “Bayraktar TB2”

Apa yang menarik dengan dron terbaru keluaran syarikat China itu adalah rekabentuknya hampir 100 peratus sama dengan dron terkenal Turki, Bayraktar TB2 yang dibangunkan oleh syarikat Baykar Technology. Kebetulan atau Disengajakan?

0 2,982

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Mungkin teruja dengan larisnya permintaan dunia terhadap pesawat tanpa pemandu Turki, “Bayraktar TB2”,  sebuah syarikat IT China dikenali sebagai China Electronics Technology Group Corporation (CETC) telah memperkenalkan dron terbaru mereka yang rekabentuknya hampir 100 peratus sama seperti Bayraktar TB2 keluaran syarikat Baykar Technology daripada Turki itu. 

CETC yang merupakan elektronik ketiga terbesar China telah memperkenalkan dron terbaru mereka pada pameran dan expo pertahanan terbesar China,  Zhuhai Air Show 2022 yang baru sahaja berlangsung. 

Mockup dron keluaran syarikat China mengulangi penyelesaian unik oleh syarikat Turki dengan menampilkan rekabentuk monocoque yang mengintegrasikan struktur ekornya yang berlainan daripada dron konvensional yang lain.

Dron China itu juga mengambil pendekatan yang sama sebagaimana dron keluaran Baykar Technology dalam meletakkan kedudukan enjinnya.

Tidak dapat dinafikan, rekabentuk hampir keseluruhan dron keluaran CETC itu adalah hampir sama dengan apa yang didapati oleh dron Bayraktar TB2 keluaran syarikat daripada Turki.

Bayraktar
Dron terbaru syarikat CETC daripada China.

 

“If You Cannot Beat Them, Copy Them” ada perumpamaan yang amat sesuai ditujukan kepada syarikat IT China itu.

Pada 2021, CETC menjadi syarikat IT dan elektronik terbesar di China.

Syarikat CETC itu terlibat dalam perniagaan barangan IT dan elektronik, serta mengendalikan diantaranya sistem untuk radar, peluru berpandu, semikonduktor serta komponen untuk satelit dalam jaringan Beidou.

Dron Bayraktar TB2 yang juga dikenali dengan nama “Pemburu Pantsir” merupakan dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) yang terkenal selepas prestasi baiknya di dalam beberapa konflik sebelum ini termasuk di Libya, Syria, Nagorno-Karabakh dan Ukraine pada ketika ini.

Bayraktar TB2
UAV Bayraktar TB2 buatan syarikat Baykar daripada Turki telah menunjukkan kemampuannya di dalam beberapa konflik termasuk di Ukraine.

 

Disebabkan prestasinya menakjubkannya di medan-medan peperangan daripada Libya sehingga ke Ukraine pada ketika ini, s“Bayraktar TB2” telah menerima permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia.

Menurut ketua pegawai eksekutif Baykar, Haluk Bayraktar, disebabkan permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia untuk membeli “Bayraktar TB2 itu, senarai menunggu (waiting list) untuk membeli UCAV buatan Turki itu kini adalah selama tiga tahun.

“Permintaan yang tinggi daripada seluruh dunia telah menyebabkan pelanggan perlu menunggu sehingga tiga tahun untuk Bayraktar TB2,” katanya kepada Yayasan Come Back Alive Ukraine baru-baru ini.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE  

 

Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga dikatakan bakal membelanjakan kira-kira US$2 bilion (RM8 bilion) sekiranya rundingan negara Arab Teluk itu dengan Turki untuk memperolehi 120 buah dron “Bayraktar TB2” dan pelbagai komponen sokongan lain itu berjaya.
Setakat ini syarikat Baykar Technology telah menandatangani perjanjian untuk menjual dron Bayraktar TB2 kepada 24 buah negara di seluruh dunia. — DSA
Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

Comments
Loading...