Amerika, Eropah Berlumba Bangunkan Pesawat Pejuang Gen-6
Walaupun negara-negara baru sahaja mula melengkapkan tentera udara mereka dengan pesawat pejuang generasi kelima, namun usaha telah dimulakan sejak beberapa tahun lepas untuk merekabentuk pesawat pejuang generasi ke-enam yang dijangka mula beroperasi pada pertengahan 2030-an.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah telah melabur berbilion-bilion Dollar dalam perlumbaan untuk membangunkan pesawat pejuang generasi ke-enam atau Future Combat Air System (FCAS) untuk memenuhi keperluan masa depan tentera udara masing-masing atau
Walaupun negara-negara baru sahaja mula melengkapkan tentera udara mereka dengan pesawat pejuang generasi kelima, namun usaha telah dimulakan sejak beberapa tahun lepas untuk merekabentuk pesawat pejuang generasi ke-enam yang dijangka mula beroperasi pada pertengahan 2030-an.
Amerika Syarikat memanggil program pesawat pejuang generasi ke-enamnya “Next Generation Air Dominance” (NGAD), dengan tujuan utama program itu adalah untuk menggantikan pesawat pejuang generasi kelima F-22 “Raptor” yang bakal dibersarakan.
Mengikut perancangan, pesawat F-22 itu bakal ditamatkan khidmatnya pada awal tahun 2030 dan mungkin pada ketika itu, pesawat generasi ke-enam Amerika Syarikat sudah bersedia untuk terbang dan menjalankan tugasnya.
Pegawai kanan Tentera Udara Amerika Syarikat mengaku kepada media pertahanan negara itu bahawa ia telah pun memiliki pesawat prototaip NGAD itu dan ia telah melakukan penerbangan sulung dalam tahap kerahsiaan yang amat tinggi.
Tahap kerahsiaan yang tinggi itu adalah perlu kerana Amerika Syarikat sudah tentu ia tidak mahu China atau Russia mengetahui sebarang perancangannya mengenai program NGAD itu.
Pesawat generasi ke-enam Amerika Syarikat di bawah program NGAD dipercayai akan beroperasi bersama-sama pesawat tanpa pemandu (UAV) di bawah konsep Loyal Wingman.
Selain Amerika Syarikat, sekutunya Britain bersama-sama rakanya Sweden dan Itali serta syarikat-syarikat BAE Systems, Saab Group dan Leonardo juga sedang membangunkan pesawat generasi ke-enam dipanggil “Tempest.”
Jepun juga terlibat dalam program itu, dalam peranan yang terhad.
Tim projek “Tempest” yang bermula pada tahun 2015 tetapi hanya didedahkan pada umum ketika Pameran Farnborough pada 2018 dan mempunyai kira-kira 2,000 petugas dengan bajet sebanyak US$2.6 bilion untuk tempoh selama 10 tahun.
Juga dipanggil “Future Combat Air System” (FCAS), program “Tempest” itu juga membangunkan pesawat pejuang generasi ke-enam yang akan beroperasi bersama-sama beberapa pesawat tanpa pemandu dalam konsep “wingman” juga.
Pesawat generasi ke-enam itu pula boleh diterbangkan oleh juruterbang atau dikawal daripada jauh.
Pihak berkuasa British menjangkakan pesawat pejuang generasi ke-enam itu akan melakukan penerbangan sulungnya pada tahun 2035.
Sementara itu, Perancis, Jerman dan Sepanyol juga telah melancarkan program “FCAS” yang tersendiri untuk membangunkan pesawat pejuang generasi ke-enam untuk menggantikan pesawat-pesawat pejuang seperti Rafale, Eurofighter Typhoon.
FCAS yang sedang dibangunkan oleh tiga negara Eropah itu akan menggabungkan fungsi pesawat pejuang, Medium Altitude Long Endurance UAV, peluru berpandu kruis, swarm drones dan lain-lain lagi.
Untuk fasa pertama projek itu, setiap negara peserta perlu menyumbang Euro 1.2 bilion bagi tempoh di antara tahun 2021 hingga tahun 2024.
Mereka menjangkakan pesawat prototaip yang pertama akan berjaya dihasilkan pada 2027.
Selain Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang memiliki program FCAS atau pesawat pejuang generasi ke-enam, China dan Russia juga dipercayai mempunyai program yang sama supaya tidak ketinggalan.–DSA
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE