Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selepas Rafale, Indonesia Borong Pula Enam Buah Friget “FREMM”, Dua Buah “Maestrale”

Sememangnya Indonesia sedang “shopping spree” (membeli-belah sakan) peralatan-peralatan pertahanan.

0 4,233

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas laporan mengenai persetujuan Indonesia dan Perancis untuk menandatangani kontrak awal pembelian 36 pesawat pejuang Rafale, muncul pula kenyataan daripada syarikat Fincantieri bahawa Jakarta telah bersetuju membeli enam buah kapal friget FREMM kelas-Bergamini.

Sememangnya Indonesia sedang “shopping spree” (membeli-belah sakan) peralatan-peralatan pertahanan. Bagi Malaysia, sekurang-kurangnya Kementerian Pertahanan telah bersetuju untuk sambung projek pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS), selepas tertangguh beberapa tahun.

Selain enam buah kapal friget FREMM itu untuk Indonesia itu, Fincantieri juga berkata, ia juga akan menjual dua buah kapal friget kelas-Maestrale yang bakal menamatkan perkhidmatannya dalam Tentera Laut Itali kepada Indonesia.

Syarikat itu akan refurbish kedua-dua buah kapal friget itu sebelum menyerahkannya kepada Indonesia.

So, dalam jangkamasa beberapa tahun ini, Indonesia akan mempunyai penambahan lapan buah kapal friget yang bersaiz besar. (kategori heavy frigate)

Fincantieri
Kapal friget FREMM buatan syarikat Fincantieri.

 

Kapal-kapal friget  yang bakal diperolehi oleh Indonesia itu akan menggunakan sistem pengurusan kombat yang dibangunkan oleh Leonardo.

Syarikat Itali itu mengalahkan beberapa pencabarnya termasuk Damen daripada Belanda, Babcock daripada United Kingdom dan Mitsui daripada Jepun.

Fincantieri tidak mendedahkan kos keseluruhan kontrak dengan Indonesia itu, tetapi syarikat Itali itu akan menjadi kontraktor utama serta bekerjasama dengan syarikat pembina kapal Indonesia, PT Pal dalam menjayakan kontrak itu.

Dengan kejayaan mendapatkan kontrak daripada Indonesia, Fincantieri telah berjaya 20 buah kapal friget FREMM setakat ini termasuk 10 buah kepada tentera laut Itali, dua kepada Amerika Syarikat (opsyen lapan buah) serta Mesir.

Fincantieri
Kapal friget FREMM buatan syarikat Fincantieri.

 

“Kontrak ini (dengan Indonesia) akan membolehkan syarikat mengetuai sektor kapal permukaan antarabangsa,” kata ketua pegawai eksekutif Fincantieri, Giuseppe Bono dalam satu kenyataan hari ini.

Ok, spesifikasi kapal FREMM ini adalah seperti berikut: berat adalah di antara 5,500 tan hingga 6,700 tan, jarak operasi 12,900 km, kelajuan lebih 30 knot dan macam-macam lagi.

Bukan sahaja rekabentuk kapal friget FREMM ini amat menarik tetapi kemampuannya juga tidak perlu dipertikaikan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...