Kapal LMS Batch Kedua TLDM Bakal Diluncur April, Jun dan Ogos Tahun Depan – Menteri Pertahanan
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pertahanan dalam posting terbaru Facebooknya selepas meninjau kemajuan pembinaan ketiga-tiga kapal LMS Batch Kedua TLDM di Istanbul Shipyard, Turkiye hari ini.
Kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch Kedua Tentera Laut Diraja Malaysia yang pertama akan diluncurkan pada April tahun sebelum disusuli oleh peluncuran kapal-kapal LMS kedua dan ketiga pada Jun dan Ogos tahun yang sama, menurut Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pertahanan dalam posting terbaru Facebooknya selepas meninjau kemajuan pembinaan ketiga-tiga kapal LMS Batch Kedua TLDM di Istanbul Shipyard, Turkiye hari ini.
Beliau sedang dalam rangka lawatan kerja ke Turkiye pada ketika ini.
“Ketika di Istanbul Shipyard, saya menerima taklimat kemajuan pembinaan 3 buah LMS Batch Kedua tersebut oleh kepimpinan STM. Pembinaan berjalan lancar dan kapal pertama dijangka diluncurkan pada April 2026. Ia diikuti yang kedua pada Jun, dan yang ketiga pada Ogos 2026,” kata Menteri Pertahanan itu.
Pembinaan ketiga-tiga buah kapal LMS Batch Kedua itu dilaksanakan syarikat pertahanan Türkiye, Savunma Teknolojileri Mühendislik (STM).
Mohamed Khaled berkata, perolehan kapal perang itu disusuli Program Kolaborasi Industri (ICP) yang berpotensi memberikan kesan yang besar terhadap industri pertahanan tempatan, misalnya melalui pemindahan teknologi.
Program ICP itu akan dimuktamadkan sebelum berakhir tahun ini, katanya.

“Türkiye telah melalui proses yang serupa sebelum menempa nama sebagai salah satu negara pengeluar produk pertahanan. Melalui ICP dan secara berfasa, Türkiye berjaya membangunkan industri pertahanan tempatannya.”
“Malaysia mempunyai aspirasi yang sama. Semoga hubungan baik antara dua negara dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Türkiye ini berupaya melonjak industri pertahanan tempatan dan pada masa yang sama, mengukuhkan kedaulatan negara,” kata beliau.
Kapal-kapal LMS Batch Kedua TLDM yang sedang dibina di Turkiye direkabentuk supaya ia berkemampuan melaksanakan pelbagai tugasan di perairan.
Kapal-kapal LMS Batch Kedua itu dibina berdasarkan reka bentuk kapal korvet kelas-ADA yang dibangunkan oleh STM untuk Tentera Laut Turkiye, Pakistan dan Ukraine sebelum ini, yang telah menunjukkan kemampuan dan keberkesanannya di medan antarabangsa.
Memandangkan ia akan dilengkapi dengan suite sensor dan persenjataan serta kawalan serta pemerintahan (Command and Control) yang canggih, maka, ketiga-tiga buah buah kapal LMS Batch Kedua milik TLDM itu berkemampuan melaksanaan pelbagai tugasan ketika berada di perairan.
Ia boleh melaksanakan tugasan Anti-Peperangan Kapal Selam (ASUW), Anti-Peperangan Udara (AAW), Peperangan Tidak Simetri (ASYW) dan Peperangan Elektronik (EW).
Ketiga-tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diperolehi daripada Turkiye dilaporkan akan dilengkapi dengan peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM (Korean Surface to Anti Air Missile) atau dalam bahasa Koreanya “Haegung”.

Ia mula dibangunkan sejak 2011 dan pada 2019 mula dihasilkan secara besar-besaran selepas ia berjaya melepasi ujian apabila berhadapan dengan peluru berpandu anti-kapal Korea Utara “Kumsong”, sebagaimana dilaporkan.
Peluru berpandu darat-ke-udara jarak dekat itu dibangunkan oleh Agency for Defence Development (ADD) Korea Selatan dan syarikat LIG Nex1 serta berkemampuan meluncur selaju Mach 2 dan membedil sasaran sejauh 20km.
Ia dibangunkan oleh Korea Selatan untuk menggantikan sistem peluru berpandu darat-ke-udara Rolling Airframe Missile (RAM) yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon (kini dikenali sebagai RTX) untuk memberikan pertahanan “close-in” kepada kapal-kapal menggunakannya.
K-SAAM (Korean Surface-to-Air Anti-Air Missile) adalah sistem peluru berpandu pertahanan point-defense yang dibangunkan oleh Korea Selatan untuk kegunaan tentera laut.
Ia direka bagi memintas dan memusnahkan pesawat musuh serta peluru berpandu anti-kapal yang sedang menghampiri kapal-kapal perang.
Sistem ini dibangunkan oleh LIG Nex1 dan digunakan oleh Tentera Laut Korea Selatan (ROKN) untuk meningkatkan keupayaan pertahanan udara kapal perang mereka.
Ciri Utama:
-
Peranan: Point Defense terhadap pesawat dan peluru berpandu yang menghampiri kapal-kapal perang Tentera Laut Korea Selatan.
-
Panduan: Radar Aktif Homing
-
Platform: Digunakan pada kapal pemusnah dan friget ROKN.
-
Jarak: Dianggarkan sekitar 20 km.
-
Setanding dengan: RIM-116 Rolling Airframe Missile (RAM) dari Amerika Syarikat.
K-SAAM memainkan peranan penting dalam mempertahankan kapal perang dengan memintas ancaman pada jarak dekat, memastikan kapal Korea Selatan lebih selamat dalam operasi tempur.
Setiap kapal LMS Batch 2 TLDM yang akan dibina oleh Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) akan dilengkapi dengan 16 silo Vertical Launch System (VLS) untuk melancarkan peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM.
Peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM itu dilengkapi dengan dual-mode seeker yang terdiri daripada radar dan infrared seeker, membolehkan ia beraksi dengan berkesan dalam suasana maritim sebagai senjata offensif dan defensif menentang peluru berpandu anti-kapal dan pesawat-pesawat pejuang.
Ia juga dilengkapi dengan kemampuan inertial mid-course guidance.
Malaysia menjadi negara kedua di Asia Tenggara memilih peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” menerusi perolehan tiga buah kapal LMS Batch Kedua.
Dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN, peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” itu berkeupayaan membedil sasaran sejauh 250km.
Peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” yang memiliki panjang di antara 4.3 meter hingga 5.2 meter dan berat 750 kg itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 250km, berbanding hanya 130km bagi peluru berpandu anti-kapal “Harpoon Block II” keluaran Amerika Syarikat.
Manakala peluru berpandu anti-kapal “Exocet Block III” pula berkemampuan membedil sasaran laut sejauh 200km.
Untuk panduan, sistem peluru berpandu anti-kapal keluaran Turkiye itu menggunakan panduan Inertial Navigation System (INS) dan Global Positioning System (GPS).
Menurut ROKETSAN, peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” mampu beroperasi secara autonomous, radar cross-section (RCS) yang rendah, boleh beroperasi dalam semua keadaan cuaca dan berkemampuan berhadapan dengan pelbagai sistem countermeasures.
Ia juga mendakwa “ATMACA” berkemampuan merangka pelan misi secara 3D, selain target update dan mission-abort menerusi datalink.
“ATMACA” telah dibangunkan oleh syarikat ROKETSAN sejak 10 tahun lalu tetapi hanya didedahkan kepada awam pada 2019.
Pada tahun 2023, Turkiye menyatakan bahawa ia akan menggantikan sistem peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” buatan Amerika Syarikat yang digunakan oleh 11 buah kapal perangnya dengan peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” dibangunkan oleh ROKETSAN.
Peluru berpandu anti-kapal buatan tempatan “ATMACA” itu akan menggantikan lebih 350 buah peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” buatan Amerika Syarikat yang telah berusia, dengan kerja-kerja integrasi peluru berpandu anti-kapal tempatan dijangka selesai dilaksanakan pada 2027.
Turkiye dijangka dalam menjimatkan kira-kira US$500 juta (RM2.25 bilion) dengan menggantikan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” dengan peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” buatan tempatan itu.
Kos peluru berpandu anti-kapal “ATMACA” itu dikatakan hanya separuh berbanding kos perolehan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon.”
