Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Rundingan Indonesia-Amerika Tentang Pembelian F-15EX “Tergendala”

Maklumat terkini sebagaimana dipetik oleh agensi berita antarabangsa, Bloomberg mengatakan bahawa rundingan penjualan pesawat pejuang F-15 di antara Indonesia dan Amerika Syarikat “tergendala” disebabkan isu tentang pembayaran bagi pembelian multi-bilion dollar itu.

0 3,852

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Februari tahun ini, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah memberikan kelulusan kepada Indonesia untuk memulakan proses pembelian 36 buah pesawat pejuang F-15EX dianggarkan bernilai US$13.9 bilion (RM55.6 bilion).

Walaupun sudah memperolehi kelulusan daripada Amerika Syarikat, ia tidak bermakna Indonesia akan membeli F-15EX  kerana kedua-dua pihak serta syarikat pembuat pesawat itu perlu melakukan rundingan lanjutan untuk merealisasikan pembelian itu.

Dan maklumat terkini sebagaimana dipetik oleh agensi berita antarabangsa, Bloomberg mengatakan bahawa rundingan penjualan pesawat pejuang F-15 di antara kedua-dua negara itu “tergendala” disebabkan isu tentang pembayaran.

Pegawai kanan syarikat Boeing telah ke Indonesia pada minggu ini untuk berbincang mengenai penjualan pesawat itu dengan pihak Indonesia semasa berlangsungnya pameran Indo Defence 2022.

Agensi berita itu mendakwa bahawa pihak Boeing “risau” (concerned) dengan kemampuan pihak Indonesia untuk melunaskan pembayaran bagi pembelian pesawat pejuang itu, dengan Jakarta bertegas mahu membayar secara ansuran (instalments).

F-15EX

Menurut jurucakap Boeing,  mereka meneruskan perbincangan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan serta tentera udara Indonesia.

Bloomberg juga cuba mendapatkan respons daripada Kementerian Pertahanan Indonesia tetapi gagal.

Pada akhir bulan lepas, Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto mengatakan bahawa rundingan dengan pihak Boeing sedang berjalan tetapi memberi petanda bahawa ia berhadapan dengan cabaran terutamanya melibatkan isu pembayaran.

“Kami secara jelas meminta supaya kami boleh membeli (pesawat pejuang itu) dan membayarnya secara ansuran. Kami tidak boleh melakukannya (membayarnya) kesemua secara serentak,” kata beliau kepada media tempatan.

Kerajaan Indonesia menurut beliau, sentiasa mengutamakan soal pembangunan ekonomi dan sebagainya.

F-15EX

Bagi Indonesia, pembelian pesawat pejuang F-15 itu merupakan usahanya untuk memodenkan tentera udara serta keseluruhan angkatan tenteranya.

Pesawat F-15EX ini adalah adalah pesawat F-15C yang dinaiktaraf.

“Daripada kedudukan geo-politik, cadangan penjualan (pesawat-pesawat F-15 kepada Indonesia)  meningkatkan keselamatan rakan serantau yang penting,  yang juga merupakan sumber kekuatan untuk kestabilan politik dan pembangunan ekonomi di Asia Pasifik.” 

“Adalah amat penting bagi Amerika Syarikat untuk membantu Indonesia membangun dan mengekalkan  sistem pertahanan yang kuat dan berkesan,” kata Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Februari itu.

Menurut kenyataan daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat, Washington juga meluluskan penjualan 87 buah enjin jet F110-GE-129 or F100-PW-229,  45 AN/APG-82(v)1 Advanced Electronically Scanned Array (AESA) Radars,  45 buah AN/ALQ-250 Eagle Passive Active Warning Survivability Systems (EPAWSS), 48 buah Advanced Display Core Processor (ADCP) II digital computers, 80 buah Joint Helmet Mounted Cueing Systems (JHMCS),  92 buah Embedded Global Positioning Systems (GPS)/Inertial Navigation System (EGI) security devices,  40 buah AN/AAQ-13 LANTIRN navigation pods, 40 buah AN/AAQ-33 Sniper Advanced Targeting Pods (ATP), 40 buah M61A “Vulcan” gun systems dan lain-lain lagi.

Prabowo
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto

 

Pada September,media-media Indonesia melaporkan bahawa kerajaan negara itu telah membayar wang ansuran yang pertama bagi perolehan enam buah pesawat pejuang Rafale yang dibelinya daripada Perancis.

Pembayaran ansuran pertama kepada syarikat Dassault Aviation bagi enam buah pesawat Rafale daripada 42 buah yang ia cadang perolehi, menandakan kontrak pembelian pesawat pejuang generasi 4.5 itu yang ditandatangani pada Februari lepas di Jakarta telah diaktifkan secara rasmi.

Pada Februari lepas, Indonesia menandatangani perjanjian dengan Perancis untuk memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale, yang akan dibeli secara dua tahap iaitu enam buah pesawat (tahap 1) dan 36 buah pesawat pada tahap kedua.

Harga bagi enam buah pesawat Rafale pertama itu dilaporkan sekitar US$1.3 bilion (RM5.2 bilion) manakala harga bagi keseluruhan 42 buah pesawat dianggarkan pada sekitar US$8.1 bilion (RM32.4 bilion).

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Dengan pembayaran ansuran pertama bagi enam buah pesawat Rafale itu, ia juga menandakan Indonesia secara rasminya menjadi negara terbaru yang memiliki pesawat pejuang Omnirole keluaran Perancis.

Jakarta dijangka menerima pesawat Rafale yang pertama daripada enam buah itu tiga tahun selepas kontrak diaktifkan iaitu pada tahun 2025.

Indonesia dijangka menggunakan varian sedia ada iaitu Rafale FR3.

Negara Asia Tenggara itu mengikuti jejak langkah Mesir yang membeli 55 buah pesawat Rafale, Qatar (36), India (36), Greek (24), Croatia (12) dan Emiriah Arab Bersatu (80). — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...