Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Berminat Jual Radar 3D Jarak Jauh Untuk Penuhi Keperluan Malaysia

Perkara itu telah dimaklumkan oleh media Jepun baru-baru ini.

0 3,012

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Jepun dilaporkan akan turut serta dalam proses membida tender yang dikemukakan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memperolehi satu sistem radar 3D jarak jauh.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh media Jepun baru-baru ini.

Pada pameran LIMA yang diadakan pada 2019, Jepun telah mempamerkan dua jenis radar jarak jauh iaitu FPS-3ME dan TPS-P14ME AESA radar yang  dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Electric Corporation (MELCO).

Radar TPS-P14ME adalah versi mudah alih.

Kedua-dua radar jarak jauh yang dibangunkan MELCO itu turut digunakan oleh Tentera Udara Jepun dan mempunyai kemampuan untuk mengesan sasaran udara jarak sederhana dan jarak jauh lebih daripada 300km.

Radra

Selain kemampuan mengesan sasaran udara, kedua-dua sistem radar itu memiliki kemampuan yang dipertingkatkan daripada versi radar terdahulu seperti improved signal processing, ketahanan daripada percubaan jamming pihak musuh.

Ia mempunya antenna secondary untuk pengesanan sasaran jarak dekat.

Kedua-dua radar terbabit turut dipilih oleh Kementerian Pertahanan Filipina yang membeli empat buah radar terbabit (tiga static dan sebuah mudah alih) bernilai kira-kira US$105 juta.

Keempat-empat radar terbabit yang akan digunakan oleh Tentera Udara Filipina beroperasi tahun ini dan tahun depan.

Mana-mana syarikat yang berminat untuk memenuhi kontrak radar jarak jauh Malaysia itu perlu mengemukakan dokumen berkaitan sebelum 30 Ogos ini.

TUDM
Pesawat tentera China yang dipintas oleh pesawat TUDM. (kredit TUDM)

 

Admin ada melaporkan tentang hasrat Kementerian Pertahanan Malaysia untuk memperolehi radar jarak jauh pada awal bulan ini, hanya beberapa hari selepas insiden pencerobohan 16 buah pesawat tentera China di Zon Maritim Malaysia (ZMM) pada 31 Mei lepas.

Laporan mengatakan Washington akan memberikan tiga buah radar TPS-77 yang dibangunkan oleh Lockheed Martin kepada Malaysia dan Indonesia.

Kontrak itu telah pun diumumkan dalam notis kerajaan Amerika Syarikat.

Harap dengan penambahan radar jarak jauh itu kelak akan meningkatkan lagi keberkesanan sistem pertahanan udara kita daripada sebarang cubaan menceroboh ruang udara negara.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...