Jepun, Britain Kerjasama Bangunkan Pesawat Pejuang Gen-6

Pesawat pejuang generasi ke-6 Jepun/Britain itu dikenali dengan nama “F-X” atau “F-3” yang akan membantu Tokyo bersaing dengan Russia dan China dalam penghasilan pesawat pejuang halimunan seperti J-20 dan Su-57.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Mitsubishi Heavy Industries dan BAE Systems akan bekerjasama di dalam pembangunan pesawat pejuang generasi ke-6 di mana Tentera Udara Jepun (Japan Air Self Defense Force) bercadang untuk mula menggunakannya pada tahun 2035.

Pesawat pejuang generasi ke-6  usahasama di antara Jepun/Britain itu dikenali dengan nama “F-X” atau “F-3” yang akan membantu Tokyo bersaing dengan Russia dan China dalam penghasilan pesawat pejuang halimunan seperti J-20 dan Su-57.

Menurut portal pertahanan Air Recognition, pada ketika ini Britain sudah pun mempunyai program pembangunan pesawat pejuang generasi ke-6 dipanggil “Tempest” dan dengan penglibatan Mitsubishi akan membantu Jepun mengurangkan kos pembangunan pesawat pejuang generasi ke-6.

Tempest
Pesawat pejuang gen-6 “Tempest”

 

Boleh dikatakan pada masa ini,bahawa rekabentuk pesawat pejuang generasi ke-6 Jepun “F-X” akan menyerupai pesawat pejuang gen-6 Britain iaitu “Tempest.”

Jepun mahu membangunkan pesawat generasi ke-6 miliknya sendiri selepas usahanya untuk mendapatkan pesawat F-22 Raptor dihalang oleh Amerika Syarikat dibawa Obey Amendment kerana tidak mahu teknologi-teknologi canggih pesawat itu jatuh ke tangan pihak luar.

Dengan Tokyo tidak dibenarkan memperolehi pesawat F-22 Raptor, maka Jepun terpaksa membina pesawat pejuang halimunannya sendiri dipanggil F-3 bagi menggantikan pesawat pejuang F-2 yang berdasarkan kepada pesawat F-16 Fighting Falcon.

Antara teknologi-teknologi yang bakal diterapkan pada pesawat F-3 Jepun itu adalah radar canggih yang mampu mengesan pesawat halimunan, kemampuan menerima maklumat daripada platform lain seperti dron,pesawat pejuang serta pesawat AEW&C (Aircraft Early Warning and Control) dan pelbagai teknologi yang canggih lain.

Tempest
Enijn yang akan digunakan oleh pesawat gen-6 Jepun.

 

Walaupun akan dibangunkan dengan kerjasama Mitsubishi dan BAE Systems, namun bagi enjin ia akan dibina menerusi kerjasama di antara IHI Corporation daripada Jepun dan Rolls-Royce dengan usaha telah pun bermula pada Januari lepas.

Selain teknologi-teknologi canggih yang bakal dilengkapkan pada pesawat generasi ke-6 Jepun itu, pesawat usahasama Mitsubishi dengan BAE itu juga berkemampuan untuk beroperasi bersama-sama pesawat tanpa pemandu (wingman).

Tempest

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Wingman kepada pesawat F-X itu dipanggil “Combat Support Unmanned Aircraft” yang ia dijangka beroperasi pada tahun 2030.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson dan rakan sejawatannya daripada Jepun Fumio Kishida selepas bertemu pada 5 Mei lepas telah pun bersetuju untuk bekerjasama dalam pembangunan pesawat pejuang ke-6 masing-masing. — DSA

 

"use strict"; function e(e, t) { let n = t.parentNode; n.lastChild === t ? n.appendChild(e) : n.insertBefore(e, t.nextSibling) } function t(e, t = document) { if (t.evaluate) return t.evaluate(e, t, null, 9, null).singleNodeValue; e = e.replace(/^\/+/, ""); let n = e.split("/"), l = t; for (let i = 0, r = n.length; i < r && l; i += 1) { let a = /([^\[\]]+)(?:\[(\d+)\])?/.exec(n[i]); if (!a) return null; let [, u, o] = a, f = o ? o - 1 : 0; l = l.getElementsByTagName(u)[f] || null } return l } function n(t) { if (!t) return; let n = document.createDocumentFragment(), l = document.createElement("span"), i = document.createElement("script"); l.insertAdjacentHTML("beforeend", "
"), i.text = "window._taboola = window._taboola || [];_taboola.push({mode:'alternating-thumbnails-a', container:'taboola-below-article-thumbnails', placement:'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix'});", n.appendChild(l), n.appendChild(i), e(n, t) } Array.prototype.filter || (Array.prototype.filter = function(e, t) { if ("function" != typeof e) throw TypeError(); let n = []; for (let l = 0, i = this.length >>> 0; l < i; l += 1) if (l in this) { let r = this[l]; e.call(t, r, l, this) && n.push(r) } return n }), window.insertAfter = e, window.getElementByXPath = t, window.injectWidgetByXpath = function e(l) { let i = t(l) || document.getElementById("tbdefault"); i && n(i) }, window.injectWidgetByMarker = function e(t) { let l = document.getElementById(t); l && l.parentNode && n(l.parentNode) }, window.innerInject = n }();injectWidgetByMarker('tbmarker');

Comments are closed.