Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perang Russia-Ukraine Buat Harga Minyak Dunia Lonjak RM468 Satu Tong

Setakat jam 2 petang tadi, niaga hadapan minyak mentah Brent meneruskan pergerakan rancak tanpa henti, melonjak sebanyak 3.62 peratus kepada US$117 (RM468) setong, manakala West Texas Intermediate meningkat 3.44 peratus kepada US$114.40 (RM456) setong.

0 1,273

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Harga minyak mentah dunia melonjak awal hari ini berikutan masalah bekalan, potensi gangguan perdagangan dan isu perkapalan akibat daripada sekatan baharu yang dikenakan ke atas Rusia selepas negara itu menyerang Ukraine lebih seminggu lalu.

Setakat jam 2 petang tadi, niaga hadapan minyak mentah Brent meneruskan pergerakan rancak tanpa henti, melonjak sebanyak 3.62 peratus kepada US$117 (RM468) setong, manakala West Texas Intermediate meningkat 3.44 peratus kepada US$114.40 (RM456) setong.

Terdahulu, niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat setinggi US$118.22 (RM472)  setong, tertinggi sejak Februari 2013.

Pencerobohan Vladimir Putin ke atas negara jirannya itu menyebabkan pasaran global bergolak sepanjang minggu lalu, meningkatkan kebimbangan inflasi lebih tinggi dan dasar monetari bank pusat yang lebih ketat.

Pasaran bertindak balas terhadap pusingan terbaru sekatan Amerika Syarikat ke atas sektor penapisan Rusia, membawa kepada kebimbangan bahawa sekatan eksport boleh beralih kepada sektor minyak dan gas Rusia.

Perang

Susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, harga minyak mentah Brent telah melambung melebihi  US$100 (RM400) setong berikutan kebimbangan gangguan bekalan. Rusia menyumbang kira-kira 10 peratus daripada bekalan minyak global.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa seperti yang dilaporkan oleh CNBC, Rusia ialah pengeluar  minyak ketiga dunia, dan pengeksport minyak terbesar ke pasaran global.

Semalam, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, termasuk Rusia, mengambil keputusan mengekalkan pertambahan dalam pengeluaran sebanyak 400,000 tong sehari pada bulan Mac.

Perang

Rusia merupakan pengeluar minyak kedua terbesar di dunia, menjual minyak mentahnya kepada kilang-kilang di Eropah, dan merupakan pembekal terbesar gas asli ke Eropah, menyediakan kira-kira 35 peratus bekalannya.

Sekatan yang akan datang mencetuskan kebimbangan bahawa eksport akan disekat dari Russia, pengeluar minyak ketiga terbesar dunia.

Perang

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Konflik di Eropah Timur itu berlaku ketika harga minyak sudah sedia melonjak berikutan bekalan yang sempit dan pemulihan kukuh permintaan global apabila ekonomi mula dibuka semula daripada penutupan akibat pandemik.

Pedagang akan memerhati dengan penuh minat mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar utama lain, termasuk Russia, yang akan membincangkan sama ada untuk menaikkan ouput bagi membendung kenaikan harga yang menyebabkan inflasi melonjak. — DSA

 

 

Comments
Loading...