Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Suasana Panik Di Ibu Negara Ukraine, Russia Teruskan Operasi Tentera

Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengumumkan operasi ketenteraan penuh di Ukraine pada awal Khamis, dan mendesak pasukan keselamatan Ukraine supaya meletakkan senjata serta memberi amaran sebarang provokasi menentang akan menerima kesan.

0 1,947

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Bunyi letupan dari pinggir ibu negara Ukarine, Kiev dan siren kecemasan yang dibunyikan membuatkan orang awam menjadi panik selepas Russia menyerang negara jirannya yang sehingga kini telah membunuh 40 orang.

Portal berita Al-Jazeera melaporkan, pada Khamis pagi, kenderaan yang bertali arus menyesakkan jalan utama di ibu negara Ukraine dari pusat bandar ke pelbagai susur keluar.

Media tempatan juga melaporkan ramai yang tergesa-gesa mencari perlindungan di stesen kereta api bawah tanah dan banyak tempat tersembunyi lain.

“Langit kelihatan berubah menjadi jingga dan kemudian merah, dan 15 saat kemudian anda terdengar bunyi letupan dari suatu jarak.

“Orang ramai dalam keadaan panik dan berlari-lari mencari tempat perlindungan. Mereka cemas walaupun Presiden mereka (Volodymyr Zelenskyy) meminta rakyat ‘supaya bertenang’ susulan kemaraan Rusia,” ujar wakil Al-Jazeera di lokasi, Andrew Simmons yang menambah hotel tempat dia menginap turut bergegar.

Ukraine

Simmons memberitahu, pada masa ini, suasana di pusat bandar ‘agak menyeramkan’. Semua orang tidak pasti sama ada bakal tiba sepasukan angkatan tentera berperisai ke arah mereka.

Media tempatan melaporkan kesesakan lalu lintas boleh dilihat di mana-mana di Kiev hingga ke Zhytomyr dan susur keluar lain dari pusat bandar itu sejak jam 6 pagi waktu tempatan.

Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan mendesak orang ramai supaya kekal berada di rumah masing-masing.

Dalam satu pesanan daripada pejabat pentadbiran Kiev: “Semua orang yang tidak terlibat dengan operasi infrastruktur dan bantuan hayat kritikal, sila kekal berada di rumah. Sedia untuk mengikuti arahan jika perlu ke tempat perlindungan apabila siren dibunyikan”.

Ukraine

Seorang penganalisis hubungan antarabangsa di Institut Ukraine, Iliya Kusa, memberitahu Al-Jazeera bahawa keadaan sebenarnya tidak setegang yang dilaporkan.

“Walaupun situasi orang ramai keluar dari Kiev itu benar, namun keadaan di Kiev sebenarnya masih stabil. Belum ada masalah kritikal buat masa ini. Pengangkutan awam masih beroperasi seperti biasa.

“Yang bebeza adalah sekolah, universiti dan tadika ditutup dan hospital dalam keadaan siap siaga sejak Parlimen mengisytiharkan darurat,” ujarnya.

Namun, dia menambah, ‘kekecohan’ yang dilihat kini hanyalah orang ramai bersesakan untuk mengeluarkan wang tunai dari mesin pengeluaran automatik (ATM) dan beratur panjang di kedai untuk membeli barangan keperluan asas.

Ukraine

Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengumumkan operasi ketenteraan penuh di Ukraine pada awal Khamis, dan mendesak pasukan keselamatan Ukraine supaya meletakkan senjata serta memberi amaran sebarang provokasi menentang akan menerima kesan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengecam ‘serangan tanpa provokasi dan tidak wajar oleh tentera Rusia’.

Dalam satu kenyataan, Biden berkata, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah memilih perang yang akan membawa kerugian besar dan nyawa serta penderitaan manusia.

Ukraine

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

“Rusia bertanggungjawab atas kematian dan kemusnahan yang akan dibawa oleh serangan ini.

“Amerika Syarikat serta Sekutu akan bertindak balas secara bersama dan tegas. Dunia akan mempertanggungjawabkan Rusia,” katanya. — DSA

Comments
Loading...