Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

EU Dakwa Russia Kerah 100,000 Anggota Tentera Ke Sempadan Ukraine

Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan menteri-menteri luar EU di Brussels, dimana Borrell memaklumkan tentang perkembangan tentang beberapa isu termasuk perang proksi Russia terhadap Ukraine dan layanan terhadap pengkritik Vladimir Putin iaitu Alexei Navalny.

0 1,572

(DEFENCE SECURITY ASIA) – –  Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell mendakwa Russia telah menempatkan kira-kira 100,000 anggota tenteranya disempadannya bersama Ukraine, kerahan tentera terbesarnya sejak 2014.

Beliau berkata demikian selepas bertemu dengan menteri-menteri luar EU di Brussels, dimana Borrell memaklumkan tentang perkembangan tentang beberapa isu termasuk perang proksi Russia terhadap Ukraine dan layanan terhadap pengkritik Vladimir Putin iaitu Alexei Navalny.

Betcakap pada sidang media, beliau berkata Russia mengerahkan pelbagai jenis peralatan di sempadan termasuk hospital medan.

Beliau pada mulanya berkata bilangan tentera Russia adalah 150,000 tetapi apabila diminta untuk menjelaskannya, Borrell menganggarkan bilangan askar Russia adalah lebih 100,000.

“Ia adalah kerahan tentera Russia yang terbesar di sempadan Ukraine setakat ini. Adalah jelas ia sesuatu yang membimbangkan,” katanya sambil memberi amaran bahawa ia adalah sesuatu yang merungsingkan.

“Apabila anda menempatkan tentera yang ramai, ia boleh meletuskan sesuatu,” katanya.

Hubungan di antara Russia dan Ukraine menjadi semakin buruk selepas Russia memerintahkan seorang diplomati Ukraine yang dituduh menerima maklumat rahsia.

Sebagai tindak balas, Ukraine memerintahkan seorang diplomat Russia pulang ketika ketegangan antara kedua-dua negara itu memuncak berikutan penempatan anggota tentera Russia di timur Ukraine.

Menteri Pertahanan Russia Sergey Shoigu mendakwa kerahan tentera negara itu adalah sebagai respons terhadap ancaman daripada NATO.

Shoigu berkata kerahan anggota tentera Russia akan berterusan selama dua minggu lagi.

Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg menggambarkan kerahan tentera Russia itu sebagai amat merisaukan dan tidak adil.

Sementara itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat melahirkan rasa bimbang terhadap tindakan Russia Isnin lepas untuk menyekat kapal-kapal asing daripada menggunakan sebahagian daripada Laut Hitam termasuk di Crimea dan Selat Kerch.

“Russia mempunyai sejarah mengambil tindakan agresif terhadap kapal-kapal Ukraine dan menyekat laluan kapal terhadap pelabuhan Ukraine di Laut Azov, sekaligus menjejaskan perdagangan antarabangsa Ukraine.

“Ini adalah tindak  provokasi Moscow untuk mengugat kestabilan Ukraine,” kata jurucakap Jabatan Negara Ned Price.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...