Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penjualan Puluhan Dron MQ-9B Sea Guardian pada Negara Arab Teluk Bakal Dapat “Lampu Hijau” dari Trump

Antara transaksi senjata yang bakal diteruskan semula oleh Presiden Trump adalah perolehan puluhan dron MQ-9B Sea Guardian dibangunkan oleh syarikat General Atomics oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan juga Arab Saudi, serta beberapa jenis sistem persenjataan lain yang tertangguh sebelum ini.

0 1,857
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dibawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dikatakan lebih pro-perniagaan, beberapa transaksi perolehan senjata oleh negara-negara Arab Teluk yang sebelum ini tertangguh dibawah bekas pentadbiran Presiden Jo Biden berkemungkinan akan diteruskan semula.
Antaranya adalah perolehan puluhan dron MQ-9B Sea Guardian dibangunkan oleh syarikat General Atomics oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan juga Arab Saudi, serta beberapa jenis sistem persenjataan lain yang tertangguh sebelum ini.
Arab Saudi dilaporkan sedang dalam rundingan peringkat awal dengan pegawai-pegawai kanan General Atomics untuk memperolehi dron MQ-9B Sea Guardian
“Kami masih berada di peringkat awal, tetapi kami sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana terdapat minat yang besar dari Arab Saudi terhadap MQ-9B.”
“Kami menjangkakan mereka mempunyai keperluan yang signifikan untuk dron ini, yang berpotensi mewujudkan puluhan ribu pekerjaan di Amerika Syarikat jika perjanjian ini dimuktamadkan,” kata Presiden General Atomics Aeronautical Systems Dave Alexander kepada portal pertahanaan antarabangsa Defense News.
Tentera Arab Saudi secara tradisinya memperolehi dron daripada pembekal bukan Barat, terutamanya China dan Turkiye.
MQ-9 Reaper
MQ-9B SkyGuardian drone
Alexander turut menyuarakan keyakinan bahawa dasar eksport Amerika Syarikat berpotensi mengalami perubahan di bawah pentadbiran baru Trump, yang dapat memudahkan perjanjian pertahanan dengan sekutunya di Teluk serta mengurangkan syarat-syarat yang sebelum ini merumitkan proses perolehan.
 Beliau menjangkakan bahawa penjualan dron MQ-9B SeaGuardian kepada UAE, yang tertangguh, akan dipertimbangkan semula di bawah Trump.
Pada tahun 2014, Kerajaan Arab Saudi memperoleh dron CH-4 dari China, diikuti dengan pesanan tambahan untuk sistem Wing Loong II.
Dron CH-4, yang dihasilkan oleh China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC), merupakan Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV) yang direka untuk misi-misi serangan udara, peninjauan jarak jauh, dan pengawasan strategik.
Dron CH-4 sering dibandingkan dengan MQ-9 Reaper buatan Amerika Syarikat kerana keupayaannya membawa peluru berpandu udara-ke-darat dan melakukan operasi jarak jauh.
Arab Saudi kemudiannya memperluaskan penggunaan dron buatan China dengan memperoleh Wing Loong II, yang mempunyai kapasiti lebih tinggi untuk operasi ketenteraan.
Perolehan ini mencerminkan strategi Arab Saudi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal Barat, khususnya Amerika Syarikat, kerana sekatan eksport dron canggih oleh Washington kepada sekutu tertentu.
Sea Guardian
Pesawat Tanpa Pemandu “MQ-9B Sea Guardian” yang dibangunkan oleh syarikat General Atomics Aeronautical Systems (GA-ASI)
Selain itu, China menawarkan syarat pembelian yang lebih fleksibel dan harga yang lebih kompetitif, menjadikannya pilihan menarik bagi Arab Saudi dan beberapa negara Timur Tengah lain.
Sejak perolehan ini, Arab Saudi terus melabur dalam teknologi dron, termasuk menjalin kerjasama dengan Turkiye bagi memperoleh dron tempur Akinci pada tahun 2023.
Lebih baru, pada tahun 2023, Arab Saudi menandatangani perjanjian pertahanan dengan pengeluar Turkiye, Baykar, bagi dron tempur Akinci.
Ketua Pegawai Eksekutif Baykar, Haluk Bayraktar, menyifatkan perolehan dron Akinci yang dianggap bernilai lebih US$3 billion (RM13.4 billion) itu sebagai kontrak pertahanan terbesar antara kedua-dua negara.”
Perjanjian “pertahanan terbesar dalam sejarah Turkiye” itu telah ditandatangani ketika Presiden Turkiye Recep Tayyep Erdogan melawat Arab Saudi.
Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud dalam satu ciapan dalam akaun Twitter beliau sebelum ini berkata, perolehan dron buatan Turkiye itu adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan angkatan tenteranya dan kemampuan pembuatan senjata negara itu.
Pada 2020 dan 2021, Amerika Syarikat dilaporkan bercadang untuk menjual sejumlah empat buah dron MQ-9B kepada Qatar dan 18 buah dron yang sama kepada UAE, tetapi cadangan penjualan itu “senyap” apabila Presiden Jo Biden menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Cakir
Akinci
Kini dengan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat, terdapat keyakinan dikalangan pegawai-pegawai kanan syarikat General Atomics bahawa cadangan penjualan dron MQ-9B Sea Guardian yang tertangguh selama beberapa tahun akhirnya akan dapat dilaksanakan semula.
“Masa depan kelihatan cerah di bawah pentadbiran baru ini kerana saya percaya [Trump] akan lebih mesra perniagaan di rantau ini, membolehkan kami bergerak ke hadapan, melayan rakan kongsi kami secara adil, serta memuktamadkan perjanjian tanpa menimbulkan ketidakpuasan hati akibat syarat yang tidak munasabah,” katanya.
Alexander turut menambah bahawa beliau menjangkakan penjualan dron MQ-9B Sea Guardian kepada UAE akan disambung semula di bawah Trump.
 — DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.