Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu Balistik “Tayfun” Turkiye Buat Greek “Histeria”

Peluru berpandu balistik jarak dekat pertama Turkiye itu dilancarkan daripada bandar pelabuhan Rize dan mengenai sasaran yang terletak sejauh 560km, jarak paling jauh pernah dicapai oleh mana-mana peluru berpandu yang pernah dihasilkan oleh Turkiye sebelum ini.

0 5,012

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 18 Oktober , Turkiye telah melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat (short range ballistic missile –SRBM) pertama negara yang dinamakan “Tayfun” (Typhoon).

Peluru berpandu balistik jarak dekat pertama Turkiye itu dilancarkan daripada bandar pelabuhan Rize dan mengenai sasaran yang terletak sejauh 560km, jarak paling jauh pernah dicapai oleh mana-mana peluru berpandu yang pernah dihasilkan oleh Turkiye sebelum ini.

Peluru berpandu balistik jarak dekat “Tayfun” yang dilancar menggunakan platform mengambil masa 456 saat untuk mengenai sasaran sejauh 560km itu.

Peluru berpandu balistik jarak dekat pertama Turkiye itu telah dihasilkan oleh firma pertahanannya, ROKETSAN.

Presiden negara itu Reccep Tayyep Erdogan itu berkata, pelancaran “Tayfun” merupakan “mesej” kepada negara-negara tertentu yang tidak dinamakannya.

“Sistem pesawat tanpa pemandu kita telah menjadi lagenda,kini kita memiliki peluru berpandu Tayfun pula.Kesemua ini adalah mesej kepada lokasi tertentu dan kita melihatnya dengan gembira,” kata beliau.

Turkiye difahamkan berusaha secara rahsia selama beberapa tahun untuk membangunkan peluru berpandu balistik jarak dekat itu serta beberapa sistem peluru berpandu yang lain.

Seperti biasa, media-media dan penganalisi ketenteraan Greek menyambut berita pelancaran peluru berpandu balistik Turki ini dengan penuh hysteria.

Tayfun

Bercakap kepada stesen televisyen Greek, bekas pegawai kanan tentera negara itu Jeneral Frangoulis Fragos mendakwa pihak Turki sedang membangunkan peluru berpandu balistik yang boleh membedil sasaran sejauh 2,500km.

“Peluru berpandu Tayfun akan menjadikan Turki sebuah kuasa di rantau ini dan membolehkan ia mengambil peranan yang lebih besar,” katanya.

Sebelum “Tayfun” yang boleh membedil sasaran sejauh 560km, syarikat ROKETSAN turut telah membangunkan sistem peluru berpandu “Bora” yang mencapai jarak sejauh 280km dan telah beroperasi sejak 2017.

Tayfun

“Bora-2” yang dikatakan lebih jauh dengan peledak yang lebih besar sedang dibangunkan.

Erdogan juga berkata bahawa negara itu sedang membangunkan dua jenis peluru berpandu dikenali dengan nama “Cenk” dan “Gezgin” dan berjanji kepada rakyat Turkiye bahawa akan ada “berita baik” tentang pembangunan kedua-dua peluru berpandu itu tidak lama lagi. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...