Greek Berang Perancis Setuju Jual Peluru Berpandu Udara-ke-Udara METEOR Pada Turkiye
Menteri Pertahanan Greek Nikos Dendias telah bertindak memanggil Duta Perancis ke Greek, Laurence Auer bagi membantah keras cadangan oleh Paris itu dan meminta ia menjelaskan tentang laporan penjualan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) METEOR kepada Turkiye itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Greek dilaporkan berang dengan Perancis kerana negara Eropah itu didakwa telah memberikan kebenaran kepada Turkiye untuk memperolehi peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR bagi digunakan pada pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang ia akan perolehi.
Menteri Pertahanan Greek Nikos Dendias telah bertindak memanggil Duta Perancis ke Greek, Laurence Auer bagi membantah keras cadangan oleh Paris itu dan meminta ia menjelaskan tentang laporan penjualan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) METEOR kepada Turkiye itu.
“Saya telah menyampaikan kepada Duta Perancis tentang tentangan kuat Greek terhadap kemungkinan tersebut (penjualan peluru berpandu METEOR kepada Turkiye), yang tidak selaras dengan hubungan strategik erat yang telah dinikmati oleh kedua-dua Greek dan Perancis sehingga kini,” tulis Dendias di dalam platform media sosial, X.
Ketegangan diplomatik di antara Greek dan Perancis ini berlaku walaupun kedua-dua buah negara mempunyai kerjasama pertahanan yang kukuh.
Dendias turut merujuk kepada ketetapan dalam Perjanjian Pertahanan Greek-Perancis yang dimeterai pada 2021, yang menyatakan bahawa: “Greek dan Perancis akan berunding di semua peringkat dengan tujuan membentuk pemahaman bersama mengenai setiap keputusan penting yang mempengaruhi kepentingan pertahanan bersama serta tindakan bersama apabila perlu.“
Di bawah perjanjian pertahanan bersama yang dimeterai pada September 2021 di antara Greek dan Perancis, kedua-dua negara berikrar untuk memberikan sokongan dan bantuan ketenteraan sekiranya salah sebuah diserang oleh negara ketiga.

Perjanjian pertahanan di antara Paris dan Athens ini telah membawa kepada pembelian senjata yang signifikan oleh Greek termasuk perolehan 24 jet pesawat pejuang Rafale dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation serta kapal perang Perancis oleh Greek.
Perolehan pesawat pejuang Rafale oleh Greek itu turut meliputi peluru-peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR.
Greek sebenarnya bimbang perolehan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR oleh Turkiye menerusi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang bakal dimilikinya itu akan menghakis kekuatan udaranya yang kini berada di hadapan berbanding Ankara berikutan perolehan pesawat pejuang Rafale daripada Perancis.
Cadangan penjualan 40 buah pesawat pejuang varian terkini Eurofighter Typhoon yang dilengkapi peluru berpandu udara-ke-udara METEOR kepada Turkiye telah menyebabkan hubungan antara Britain, Perancis, dan Greek menjadi begitu tegang.
Turkiye dilaporkan meletakkan syarat bahawa ia akan hanya memperolehi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu sekiranya ia turut dibenarkan memperolehi peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR dan kini hasratnya ditunaikan.
Turkiye bakal memperolehi varian terkini pesawat pejuang Eurofighter Typhoon iaitu Tranche 4.

Dilengkapi dengan radar AESA CAPTOR E, Eurofighter Typhoon Tranche 4 dikatakan adalah varian pesawat pejuang termoden Eropah yang boleh berkhidmat sehingga ke tahun 2060.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh atau Beyond Visual Range (BVRAAM) METEOR didakwa adalah peluru berpandu udara-ke-udara terbaik dunia, mengatasi AIM-120 AMRAAM yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “Meteor” yang dipandu menggunakan radar(radar guided) itu dilaporkan berkemampuan meluncur selaju Mach 4 dan membedil sasaran udara sejauh 200km.
“Meteor” adalah peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan boleh diintergrasikan dengan pelbagai jenis pesawat pejuang seperti Eurofighter Typhoon, Gripen, Rafale,F-35 dan kini KF-21 “Boramae”.
Panjang keseluruhan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh “Meteor” adalah 3.65 meter.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh METEOR itu telah direka bentuk untuk menawarkan keupayaan serangan jarak jauh yang unggul, keupayaan membedil sasaran dengan tepat, dan tahap kelangsungan survivalbiliti yang tinggi dalam persekitaran yang mencabar.

Asas kepada prestasi cemerlang peluru berpandu udara-ke-udara METEOR ialah sistem propulsion.
Berbeza dengan peluru berpandu konvensional yang menggunakan kuasa roket, peluru berpandu METEOR dilengkapi dengan enjin ramjet dengan bahan api solid fuel.
Sistem propulsion yang canggih ini membolehkan peluru berpandu tersebut mengekalkan kelajuan tinggi—melebihi Mach 4—sepanjang penerbangannya, memberikan ia kelebihan ketara berbanding peluru berpandu biasa yang semakin perlahan apabila menghampiri sasaran.
Spesifikasi Teknikal Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Jarak Jauh METEOR (BVRAAM)
-
Pengeluar: MBDA (Syarikat pertahanan pan-Eropah)
-
Peranan: Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Jarak Jauh (BVRAAM)
-
Sistem Panduan: Panduan radar aktif dengan panduan pertengahan inersia dan kemas kini pautan data
-
Pendorong: Ramjet saluran berubah aliran dengan bahan api pepejal (solid-fuel ramjet)
-
Kelajuan: Melebihi Mach 4 (sekitar 4,900 km/j)
-
Jarak: Lebih daripada 100 km (diklasifikasikan; dianggarkan sehingga 200 km)
-
Panjang: 3.65 meter
-
Diameter: 178 mm
-
Berat: Kira-kira 190 kg
-
Kepala Peledak: Letupan tinggi dengan serpihan letupan dan fius impak pintar serta fius jarak dekat
-
Platform Pelancaran:
-
Eurofighter Typhoon
-
Dassault Rafale
-
Saab JAS 39 Gripen
-
F-35 Lightning II (integrasi akan datang)
-
KF-21 Boramae (integrasi akan datang)
-

Ciri-Ciri Utama:
-
Pendorong ramjet membolehkan penerbangan berkelajuan tinggi secara berterusan sepanjang misi.
-
Zon “tidak boleh lari” (no-escape zone) jauh lebih besar berbanding peluru berpandu konvensional.
-
Pautan data berkeupayaan rangkaian membolehkan kemas kini sasaran masa nyata.
-
Direka untuk memberikan tahap kelangsungan hidup yang tinggi dan serangan tepat dalam persekitaran yang mencabar.