Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Hyundai Rotem Tawar Kenderaan Perisai “K806” Untuk Tentera Darat Malaysia

Program perolehan kenderaan perisai 6x6 oleh Tentera Darat Malaysia itu dijangka melibatkan pembelian kira-kira 400 buah kenderaan untuk menggantikan kenderaan perisai, CONDOR.

0 1,732

Berita ini pernah disiarkan pada 4 Sept, 2021

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Korea Selatan, Hyundai Rotem, yang merupakan anak syarikat kepada konglomerat terkenal negara itu, Hyundai, mengesahkan bahawa ia telah menawarkan kenderaan berperisainya, “K806” untuk program perolehan kenderaan perisai 6×6 oleh Kementerian Pertahanan Malaysia untuk kegunaan Tentera Daratnya.

Program perolehan kenderaan perisai 6×6 oleh Tentera Darat Malaysia itu dijangka melibatkan pembelian kira-kira 400 buah kenderaan untuk menggantikan kenderaan perisai, CONDOR yang telah digunakan oleh tentera darat sejak awal tahun 80-an.

Menurut laporan oleh portal berita Korea Selatan di cm.asiae.co.kr, syarikat Hyundai Rotem yang terlibat dalam pelbagai perniagaan termasuk membangunkan sistem pertahanan dan kereta berperisai untuk Angkatan Tentera Korea Selatan menawarkan pakej yang menarik kepada Malaysia sekiranya negara Asia Tenggara itu memilih kenderaan berperisai “K806” itu untuk tentera daratnya.

Antara tawaran paling menarik daripada syarikat Korea Selatan itu jika ia berjaya memperolehi kontrak daripada Kementerian Pertahanan Malaysia adalah persetujuan supaya sebahagian besar daripada kenderaan perisai “K806” itu dibina di Malaysia.

Bagaimanapun, untuk membolehkan syarikat Hyundai Rotem itu membina kenderaan perisai “K806” itu, ia memerlukan rakan kongsi tempatan.

Perisai
Kenderaan berperisai Hyundai Rotem K806

 

Bagaimanapun setakat ini, tidak pasti syarikat tempatan mana yang menjadi rakan kongsi syarikat Korea Selatan itu,sekiranya kenderaan perisai “K806” itu mahu dipasang di Malaysia kelak.

Tidak banyak syarikat di Malaysia yang mempunyai kepakaran untuk memasang kereta perisai.

Menurut portal berita Korea Selatan itu lagi, pegawai-pegawai kanan tentera darat Malaysia telah melawat Korea Selatan pada akhir tahun 2020 dan telah melakukan penilaian terhadap kenderaan perisai “K806” yang turut berkhidmat dengan Tentera Darat Korea Selatan.

“Syarikat Hyundai Rotem merancang untuk mengemukakan cadangan rasmi menjelang bulan November ini dan menjangkakan keputusan akhir mengenainya akan dibuat pada bulan Februari tahun depan,” menurut portal berita itu.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki kira-kira 186 buah kenderaan Amphibious Infantry Fighting Vehicle (AIFV) Sibmas buatan syarikat Belgium dan 460 buah Radzpanzer Condor buatan syarikat pertahanan, Jerman.

 

Kenderaan perisai “K806” dijangka berhadapan dengan beberapa pesaing dalam usahanya untuk memenangi kontrak Kementerian Pertahanan Malaysia termasuk calon utama iaitu firma FNSS daripada Turki, yang telah pun bertapak lama di negara ini.

Perisai
Kenderaan perisai “ANOA” keluaran P.T Pindad.

 

Firma FNSS daripada Turki yang dipercayai adalah frontrunner untuk memenangi persaingan untuk membekalkan kenderaan perisai 6×6 kepada ATM menawarkan kenderaan perisai PARS 6×6.  

Ini adalah hubungan dan kerajsama yang telah lama terjalin di antara FNSS dengan DEFTECH, iaitu anak syarikat DRB-Hicom dalam penghasilan kenderaan 8×8 PARS yang di Malaysia dikenali sebagai “Gempita.”

Atas hubungannya yang lama dengan DEFTECH, FNSS dan PARS 6×6 dipercayai adalah pesaing utama untuk memenangi perlumbaan untuk membekalkan kenderaan perisai 6×6 kepada Tentera Darat.

Pars
FNSS PARS 6×6

 

Menurut portal berita Korea Selatan itu,  selain syarikat Turki, syarikat-syarikat daripada Kanada iaitu General Dynamics Land Systems (Canada)  dan Indonesia, P.T Pindad juga menunjukkan minat menerusi kenderaan perisai PINDAD ANOA.

Dengan berat 16 tan, kenderaan perisai “K806”boleh membawa dua orang krew dan sembilan anggota tentera dengan enjin berkuasa 420 kuasa kuda.

Ia adalah kenderaan perisai yang saiznya kecil sedikit berbanding kenderaan perisai “K808 yang juga dibangunkan untuk kegunaan tentera darat Korea Selatan.

Sementara itu portal berita negara itu turut menyatakan bahawa Malaysia merancang untuk memperolehi sehingga 34 buah kenderaan perisai High Mobility 4×4 dengan kenderaan dikenali dengan nama “KOVICO” keluaran syarikat Korea Selatan turut ditawarkan kepada tentera darat Malaysia.

KOVICO
KOVICO 4×4

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...