Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

MINDEF telah pun mengeluarkan tender untuk mendapatkan tiga buah UAS jenis MALE

1,127
Nampaknya hari ini adalah hari yang amat baik untuk pembangunan pertahanan negara kerana MINDEF telah pun mengeluarkan tender untuk mendapatkan tiga buah UAS jenis MALE (Medium Altitude Long Endurance) dan dua buah pesawat Maritime Patrol Aircraft (MPA).
Pembelian ini termasuk segala pakej bantuan dan latihan.
Lama kita menunggu kerajaan untuk membuat keputusan membeli sistem UAS MALE dan MPA bagi mengganti Beechcraft.
Bagi MPA, antara jenis yang dispekulasikan adalah Leonardo ATR-72MPA, Airbus C-295, PTDI CN-235, Boeing P-8A Poseidon dan Kawasaki P1.
Manakala bagi UAS MALE pula adalah General Atomics MQ-9 Guardian, AVIC Wing Loong II, Leonardo Falco dan Turkish Aerospace Anka.
Apa pilihan sahabat-sahabat pula?
— DEFENCE SECURITY ASIA
1 Comment
  1. Chop says

    Min, rasa2 tak mungkin P8 atas sebab kos yang terlalu tinggi.

Comments are closed.