Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

peta Filipina dengan memberi kebenaran untuk memasukkan Sabah dan zon ekonomi eksklusif 200 batu

0 580
Jawatankuasa Dewan Luar Negeri Filipina telah meluluskan rang undang-undang percetakan peta Filipina dengan memberi kebenaran untuk memasukkan Sabah dan zon ekonomi eksklusif 200 batu (ZEE) ke dalam peta pasport negara terbabit.
Perwakilan Cagayan de Oro, Rufus Rodriguez, individu yang bertanggungjawab menulis rang undang-undang House Bill 6399 yang akan memberi kesan kepada Akta Pasport Filipina tahun 1996 berkata bahawa pindaan ini bertujuan untuk menekan dan menegaskan hak dan sejarah Filipina ke atas Sabah.
Berkata kepada CNN Philippines, dia menambah bahawa dokumen perjalanan Filipina ini adalah kenyataan kuat bahawa negara tersebut menegaskan hak kedaulatan mereka di Laut Filipina Barat dan EEZ.
Inilah orangnya yang merangka Undang-Undang No. 6399 yang mahu meminda Akta Republik No 6239 dan Akta Pasport Filipina 1996 bertujuan memasukkan peta Sabah dan Laut Filipina Barat di dalam peta Filipina yang tertera dalam passport negara itu.
Rufus Rodriguez, merupakan wakil Bandar Cagayan de Oro, berumur 66 tahun dan adalah seorang pakar undang-undang.
Tapi admin yakin perbuatannya adalah lebih kepada politik dan untuk meraih populariti sebelum pilihanraya.
Rodriguez berumur 66 tahun dan merupakan sekutu Presiden Rodrigo Duterte.
Undang-undang No. 6399 bermatlamat untuk menekankan kejayaan Filipina mengalahkan China di International Arbitral Tribunal tentang kedaulatan Laut Filipina Barat dan hak bersejarah negara itu terhadap Sabah.
— DEFENCE SECURITY ASIA
Comments
Loading...