Memadaikah Sekadar Enam Buah Helikopter Penyerang Ringan?
Persoalan di sini adalah mengapa kita memilih MD530G Light Attack Helicopters (LAH) dan bukan helikopter penyerang yang lengkap (full fledged attack helicopters) seperti AH-64 Apache atau T129 “ATAK” sebagaimana yang digunakan oleh negara-negara jiran kita.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Keenam-enam buah helikopter penyerang ringan MD530G buatan firma Amerika Syarikat, MD Helicopters telah tiba di Malaysia dan sedang menjalani Final Acceptance Test (FAT) sebelum ditauliahkan dalam Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).
Kontrak perolehan bernilai lebih daripada RM300 juta telah ditandatangani pada 2016 dan ia mengambil masa enam tahun sebelum helikopter itu diterima oleh Malaysia.
Persoalan di sini adalah mengapa kita memilih MD530G Light Attack Helicopters (LAH) dan bukan helikopter penyerang yang lengkap (full fledged attack helicopters) seperti AH-64 Apache atau T129 “ATAK” sebagaimana yang digunakan oleh negara-negara jiran kita.
Singapura dan Indonesia menggunakan helikopter penyerang AH-64 Apache dan Filipina baru sahaja menerima dua daripada enam helikopter T129 “ATAK” manakala Myanmar pula menggunakan Mil Mi-24 “Hind.”
Thailand pula selain menggunakan helikopter penyerang tujuh buah AH-1F Cobra,negara jiran kita itu juga bakal memperolehi helikopter penyerang ringan AH-6i daripada syarikat Boeing.
Nampaknya negara-negara jiran lebih ke hadapan di dalam aspek perolehan helikopter penyerang yang lengkap berbanding kita, yang bergerak perlahan dalam aspek ini (sebagaimana perolehan-perolehan aset pertahanan yang lain)
Mengapa kita enggan memperolehi helikopter penyerang lengkap sebagaimana negara-negara jiran yang lain dan hanya mempertaruhkan helikopter penyerang ringan?
Ada yang mengatakan bahawa, memandangkan keenam-enam buah helikopter MD530G itu akan beroperasi di timur Sabah, maka kemampuan helikopter penyerang ringan itu adalah sudah “mencukupi” untuk menangani ancaman dan cabaran keselamatan di kawasan itu.
Penyokong-penyokong kepada pendapat itu mungkin berpendapat helikopter penyerang lengkap seperti Apache atau T129 ATAK di timur Sabah adalah “overkill” memandangkan MD530G atau helikopter penyerang ringan sudah memadai untuk menjalankan tugasnya.
Ujian sebenar akan hanya menentukan sama ada helikopter penyerang ringan memadai untuk menjaga keselamatan di timur Sabah.
Diharapkan apabila berlakunya ujian sebenar, helikopter MD530G adalah “memadai” dan dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Selain keupayaannya yang “memadai”, kos juga memainkan peranan dalam kita membuat keputusan untuk memilih helikopter penyerang ringan dan bukan helikopter penyerang yang lengkap.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Menteri Pertahanan di dalam Dewan Rakyat beberapa hari lepas mengatakan sebuah MD530G berharga RM12 juta berbanding AH-64 Apache (US$60 juta-US$120 juta sebuah), T129 ATAK (US$50 juta sebuah) dan Eurocopter Tigre (US$44 juta-US$48 juta).
Dengan bajet pertahanan yang terhad,sudah semestinya kita “tidak mampu” untuk memperolehi helikopter penyerang yang lengkap. — DSA
Comments are closed.