Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kenapa Kapal Peronda Kelas-Kedah Tidak Dilengkapi Peluru Berpandu?

Admin pernah diberitahu oleh seorang rakan editor majalah pertahanan tempatan bahawa terdapat cadangan untuk melengkapkan kapal-kapal peronda kelas-Kedah ini dengan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) yang dibangunkan oleh firma Kongsberg daripada Norway, peluru berpandu yang sama bakal digunakan oleh kapal-kapal LCS TLDM.

0 12,123

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Apa sebenarnya perancangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhadap usaha menaiktaraf enam buah kapal peronda generasi baru kelas-Kedah yang mula memasuki perkhidmatan pada tahun-tahun 2006-2009 kepada platform yang memiliki keupayaan peluru berpandu.

Keenam-enam buah kapal kelas-Kedah itu dibina mengikut konsep Fitted For But Not With (FFBNW) dengan beberapa tahun selepas itu dinaiktaraf, tetapi kini sudah dekat 15 tahun (sejak kapal pertama kelas-Kedah dilancarkan) tiada tanda-tanda keenam-enam buah kapal itu akan dilengkapi dengan persenjataan lain selain daripada meriam.

Direkabentuk berdasarkan rekaan kapal korvet Meko 100 oleh syarikat Blohm + Voss terdapat harapan ketika ia mula dilancarkan bahawa kapal-kapal seberat lebih 1,800 tan itu akan dilengkapi dengan peluru berpandu (selepas beberapa tahun berkhidmat) bagi membolehkan ia “bertaring” ketika melaksanakan rondaan terutamanya di Laut China Selatan yang suhunya semakin “semakin panas.”

 Bagaimanapun,kita kini sudah hendak sampai ke tahun 2022 dan kapal-kapal peronda kelas-Kedah masih tidak “bertaring” dan sekadar dilengkapi dengan meriam 76mm dan 30mm.

 Bagaimanapun di dalam satu temuramah dengan majalah pertahanan tempatan berbahasa Inggeris tidak lama dahulu, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata perkhidmatan itu sedang mengkaji pelbagai opsyen berkenaan kapal peronda kelas-Kedah itu.

TLDM

“Pada ketika ini, TLDM telah melihat pelbagai opsyen untuk menaiktaraf kemampuan kapal peronda generasi baru itu untuk menjadi plafform peluru berpandu.”

 “Bagaimanapun, kajian mendalam perlu dilaksanakan untuk menentukan sama ada kemampuan peluru berpandu itu akan selari dengan objektif kapal kelas ini,” kata beliau sebagaimana dipetik di dalam temuramah dengan majalah pertahanan itu.

 Nampaknya, kita terpaksa menunggu lebih banyak kajian dilakukan sebelum melihat kapal-kapal peronda kelas-Kedah itu dinaiktaraf sebagai platform peluru berpandu.

KD Kelantan
KD Kelantan

 

Namun, ia adalah satu permulaan yang baik kerana terdapat usaha di pihak TLDM untuk melihat sama ada kapal-kapal peronda itu perlu dilengkapi dengan peluru berpandu.

Apa yang perlu adalah Kementerian Kewangan untuk meluluskan peruntukan tambahan.

Panglima TLDM itu juga berkata, dalam keadaan ketika ini, sekiranya TLDM memutuskan untuk melengkapkan kapal-kapal peronda kelas-Kedah itu dengan peluru berpandu, ia akan memberikan tekanan tambahan terhadap belanjawan TLDM.

NSM
Peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) yang dibangunkan oleh firma Kongsberg.

 

Ya, soal utama kenapa kapal-kapal kelas-Kedah tidak dilengkapi dengan sebarang peluru berpandu adalah kekurangan duit.

Sementara itu, Mohd Reza juga berkata, menaiktaraf kapal-kapal kelas-Lekiu TLDM dengan peluru berpandu yang baru juga bergantung dengan masa depan projek pembinaan kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang kini mengalami kelewatan yang amat serius.

 Melengkapkan kapal-kapal friget kelas-Lekiu itu dengan peluru berpandu yang baru merupakan di antara opsyen yang sedang dikaji untuk mengekalkan kedudukan platform peluru berpandunya.

TLDM
Gambar kredit TLDM

 

Admin pernah diberitahu oleh seorang rakan editor majalah pertahanan tempatan bahawa terdapat cadangan untuk melengkapkan kapal-kapal peronda kelas-Kedah ini dengan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) yang dibangunkan oleh firma Kongsberg daripada Norway, peluru berpandu yang sama bakal digunakan oleh kapal-kapal LCS TLDM.

Ia sekurang-kurangnya akan mengurangkan kos penyelenggaraan dan alat ganti kerana faktor commonality.

Tetapi tak tahu apa jadi dengan cadangan itu sekarang ini, apatah lagi kapal-kapal LCS pun tak siap-siap sehingga kini.

Di Asia Tenggara ini, hanya TLDM menggunakan peluru berpandu NSM, dengan kebanyakkan negara di rantau ini menggunakan peluru berpandu Harpoon dan Exocet serta beberapa peluru berpandu anti-kapal lain dibangunkan oleh firma Korea Selatan (Filipina), China (Indonesia) dan Russia (Vietnam).

NSM
Kapal Tentera Laut Indonesia melancarkan peluru berpandu anti-kapal C-705 buatan China.

 

Peluru berpandu anti-kapal NSM yang dibangunkan oleh firma Kongsberg itu uga berkemampuan membedil sasaran-sasaran di darat, dengan jarak maksimum adalah kira-kira 185 kilometer.

Apa yang menariknya adalah peluru berpandu NSM itu juga digunakan oleh kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa tentera laut negara kuasa besar itu turut mempercayai keupayaan peluru berpandu keluaran syarikat Norway itu. –DSA

Comments
Loading...