Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Destini Selesai Hantar 6 Helikopter Penyerang Ringan MD530G Pada PUTD

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia,syarikat Destini Bhd itu berkata, selepas selesai Final Acceptance Test (FAT) keenam-enam helikopter itu ditakrifkan sebagai ‘layak terbang’ (airworthy).

0 2,579

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Destini Bhd (Destini) telah menyelesaikan penghantaran enam buah helikopter peninjau/penyerang ringan MD530G kepada tentera darat Malaysia selepas  proses ‘Final Acceptance Test’ (FAT) terhadap helikopter itu yang dibangunkan oleh syarikat MD Helicopters Inc daripada Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, selepas selesainya FAT maka keenam-enam buah helikopter itu telah ditakrifkan sebagai ‘layak terbang’ (airworthy).

Syarikat juga berkata dengan selesainya penghantaran enam helikopter peninjau/penyerang ringan MD530G itu kepada Tentera Darat maka syarikat boleh mengambil peluang (leverage) dengan memanfaatkan kepakarannya dalam kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) terhadap helikopter tempur ringan itu dan helikopter lain yang berkhidmat dengan cabang Angkatan Tentera Malaysia yang lain.

MD530G

Halaman Optima Sdn Bhd (HOSB) telah dianugerahkan kontrak penghantaran helikopter itu, bernilai RM321 juta, oleh Kementerian Pertahanan pada 2015.

“Pada 2017, Destini Group memperoleh 70 peratus kepentingan ekuiti dalam HOSB melalui anak syarikat milik penuhnya Destini Prima Sdn Bhd,” kata Destini dalam maklumannya itu.

Keenam-enam helikopter tempur ringan itu akan dioperasikan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan ditempatkan di pangkalan PUTD di Kluang serta di ESSCOM di Pantai Timur Sabah.

Kesemua enam helikopter itu tiba di negara ini pada Februari lepas selepas 31 hari melalui jalan laut untuk tiba di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada kontrak, lapan juruterbang dan lima mekanik daripada Pasukan Udara Tentera Darat telah menyelesaikan latihan operasi Forward Arming and Refuelling Point (FARP) di West Texas.

MD530G

Keenam-enam helikopter itu adalah helikopter penyerang ringan yang berdasarkan kepada airframe Model 500/530.

Helikopter MD530G sebagaimana dioperasikan oleh Malaysia itu menyaksikan ia mengintegrasi sensor  Wescam L3 MX10D dan Pathfinder Ares Weapons Management System daripada Tek Fusion.

Integrasi sistem-sistem terbabit adalah untuk membantu penggunaan Dillion M134 Mini Gun, FN Herstal Heavy Machine Gun dan Rocket Machine Gun pods serta 2.75-inch Folding-Fin Aerial Rockets (guided and unguided).

MD530G

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Helikopter penyerang ringan MD530G itu memberikan kemampuan close-in support pada waktu malam  atau siang selain kemampuan pemantauan serta pengawasan.

ATM membeli keenam-enam buah helikopter penyerang ringan bernilai RM321 juta itu pada 2015 sebagai reaksi negara terhadap insiden pencerobohan kumpulan bersenjata daripada selatan Filipina di Lahad Datu pada 2013. — DSA

 

Comments
Loading...