Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Destini Berhad Perolehi Kontrak Kementerian Pertahanan Bernilai RM89 Juta

Penganugerahan dua kontrak itu akan mengukuhkan kedudukan syarikat Destini dalam industri penerbangan pertahanan kerana keupayaan syarikat terus diiktiraf oleh kementerian dan sekutunya.

0 10,171

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Anak syarikat milik penuh Destini Bhd, Destini Prima Sdn Bhd, memperoleh dua kontrak daripada Kementerian Pertahanan bernilai RM89 juta untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan membekalkan peralatan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Penganugerahan dua kontrak itu akan mengukuhkan kedudukan Destini dalam industri penerbangan pertahanan kerana keupayaan syarikat terus diiktiraf oleh kementerian dan sekutunya.

“Mengenai masa depan, Destini yakin ia akan dapat berkembang secara mampan pada tahun ini dan seterusnya,” menurut kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.

Kontrak pertama merupakan lanjutan daripada kontrak sedia ada, iaitu menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, membaiki dan membaik pulih (MRO) serta membekalkan peralatan berkaitan keselamatan dan kelangsungan hidup untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kontrak tersebut akan tamat pada Oktober 2022 dan mempunyai nilai siling kira-kira RM88.0 juta, menurut kumpulan itu.

Destini
Pix credit Destini Bhd

 

Sementara itu, katanya kontrak kedua turut menyediakan perkhidmatan MRO dan membekalkan peralatan berkaitan keselamatan dan kelangsungan hidup untuk Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia bagi tempoh tiga tahun akan datang dengan nilai kontrak RM0.99 juta.

“Dengan penganugerahan kedua-dua kontrak, ia mengukuhkan kedudukan kumpulan dalam industri penerbangan pertahanan memandangkan kemampuan Destini secara berterusan diiktiraf oleh kementerian dan sekutunya.

“Menuju ke hadapan, Destini optimis bahawa ia akan dapat berkembang secara mampan dari tahun ini dan seterusnya,” katanya.

Destini
Pix credit Destini Bhd

 

Destini Bhd merupakan syarikat tempatan yang terlibat dengan perolehan enam buah helikopter penyerang ringan, MD530G buatan syarikat MD Helicopters yang berpengkalan di Arizona, Amerika Syarikat.

Pada awal 2017, Destini mengambilalih 70 peratus kepentingan dalam sebuah syarikat pembekalan helikopter tentera, yang telah diberikan kontrak bagi membekalkan enam buah helikopter peninjau bersenjata bernilai RM321.9 juta kepada Tentera Darat Malaysia. 

Pada minggu lepas,  syarikat MD Helicopters dalam satu kenyataan media mengumumkan penghantaran enam buah helikopter penyerang ringan MD530G ke Malaysia telah bermula selepas selepas selesai menjalani kerja-kerja Pre-Delivery Inspection.

MD530G
Keenam-enam buah helikopter penyeraang ringan MD530G. (credit MD Helicopters)

 

Keenam-enam buah helikopter yang akan ditempatkan di ESSCOM dihantar pulang ke Malaysia menggunakan jalan laut dan dijangka tiba dalam tempoh suku pertama tahun ini.

Malaysia menandatangani perjanjian pembelian enam buah helikopter itu pada tahun 2016. — DSA 

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Comments
Loading...