Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Leonardo Tawar Varian M-346 (Fighter Attack) Kepada Malaysia

Malaysia bukanlah pasaran yang asing buat syarikat Leonardo yang berpengkalan di Itali, yang kini menawarkan pesawat M-346FA (Fighter Attack) untuk memenuhi keperluan FLIT/LCA TUDM.

0 15,609

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat Leonardo  yang berpengkalan di Itali bukanlah asing di Malaysia serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana ia telah lama bertapak di negara ini dengan beberapa produknya telah dan sedang digunakan oleh pelanggan-pelanggannya di negara ini seperti helikopter AW139 dan lain-lain lagi.

Selain helikopter, TUDM sememangnya bukanlah pengguna yang asing terhadap produk keluaran syarikat Leonardo kerana ia telah lama menggunakan pesawat latihannya, dengan yang terbaru adalah pesawat latihan Aermacchi MB-339CM. (baru sahaja ditamatkan perkhidmatannya oleh TUDM)

Sebagaimana yang kita tahu, Leonardo merupakan salah sebuah syarikat yang menyertai persaingan untuk membekalkan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer (FLIT)/Light Combat Aircraft (LCA) kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Untuk Malaysia, Leonardo dilaporkan telah menawarkan varian pesawat M-346 yang terbaru iaitu M-346FA (Fighter Attack).

Pada ketika ini, pesawat M-346 mempunyai tiga varian iaitu M-346 AJT (Advance Jet Trainer), M-346 FT (Fighter Trainer) dan M346 FA (Fighter Attack).

Leonardo

Disebabkan familiarity dengan TUDM dan pasaran Malaysia, syarikat Leonardo itu dikatakan adalah antara frontrunner dalam persaingan untuk membekalkan pesawat FLIT/LCA kepada Malaysia, walaupun penamatan khidmat lebih awal pesawat latihan lanjutan Aermacchi MB-339 itu telah sedikit sebanyak mencalar reputasinya.

TUDM menggunakan sembilan buah pesawat latihan lanjutan Aermacchi MB-339CM bermula pada tahun 2009 sebelum perkhidmatannya digantung pada 2019 susulan insiden sebuah pesawatnya terhempas di Kuantan pada 2019 dan beberapa masalah teknikal yang lain.

Baru-baru ini,Kementerian Pertahanan mengesahkan ia telah menamatkan perkhidmatan pesawat latihan lanjutan itu,walaupun baru hanya menggunakannya selama 10 tahun.

Untuk tender FLIT/LCA TUDM, syarikat Leonardo dikatakan menawarkan varian M-346FA (Fighter Attack) yang telah diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 2019 untuk pelanggan-pelanggannya yang mahu pesawat M-346 yang lebih berkemampuan dalam melaksanakan pelbagai misi umpama mini MRCA.

Leonardo

Varian terbaru M-346FA menurut syarikat Leonardo, direkabentuk untuk memberikan peningkatan keupayaan untuk angkatan tentera yang berada di lapangan.

Leonardo berkata, varian FA (Fighter Attack) yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan TUDM itu boleh dikerah untuk melaksanakan pelbagai tugas di medan tempur seperti ground support termasuk untuk misi-misi serangan udara-ke-darat, taktikal, close air support (CAS) dan counter-insurgency (COIN).

Pesawat dua enjin itu juga boleh dilengkapkan dengan peluru-peluru pintar (precision guided munitions –PGM).

Selain itu, varian M-346FA itu dibangunkan untuk memberikan latihan kepada juruterbang, pertempuran udara, penguatkuasaan dan kawalan ruang udara serta pemantauan taktikal.

Varian pesawat dua tempat duduk M-346FA keluaran syarikat Leonardo itu juga dilengkapi dengan digital glass cokpit.

Selain itu pesawat turut memiliki LCD multi-function displays, head-up display, alatan night vision goggle (NVG), sistem voice command, sistem self-protection, sistem helmet-mounted display (HMD), navigasi dan komunikasi serta sistem traffic collision avoidance.

Leonardo
Radar Grifo

 

Ia juga dilengkapi dengan empat saluran sistem “fly-by-wire flight control” yang meningkatkan  keselamatan penerbangan serta reliabiliti misi-misi yang dilaksanakan.

Untuk enjin pesawat pula, ia dijana oleh dua enjin turbofan Honeywell F124-GA-200 yang memberikan kuasa tujahan sebanyak 2,850kg setiap satu.

Menggunakan internal fuel tanks, pesawat boleh beroperasi selama dua jam dan 40 minit, tetapi masa operasi boleh dipanjangkan lagi kepada empat jam sekiranya ia menggunakan tiga buah external fuel tanks setiap satunya mengandungi 630 liter minyak.

Kalau nak lama lagi dan terbang lagi jauh, pesawat M-346FA ini berkemampuan melakukan air-to-air refuelling, salah satu spesifikasi yang digariskan oleh TUDM.

Leonardo

Pesawat M-346FA Leonardo ini menggunakan radar Grifo yang banyak digunakan oleh pesawat-pesawat lain di pasaran.

Ia juga dilengkapi dengan tujuh stesen pylon bagi membolehkannya membawa pelbagai jenis senjata termasuk Iris-T, AIM-9L peluru berpandu udara-ke-udara, small diameter bomb,  JDAM  (Joint Direct Attack Munitions) pelbagai saiz, Paveway dan bom-bom biasa.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...