Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

3 Buah Helikopter Operasi Maritim TLDM Dibawa Pulang Ke Malaysia Mulai Akhir Tahun Ini

Ketiga-tiga buah helikopter operasi maritim (HOM) AW139 Leonardo milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar daripada Pelabuhan Savona di Itali ke destinasi terakhirnya iaitu Stesen Udara TLDM di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar.

0 12,631

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal menerima tiga buah Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 yang dibangunkan oleh syarikat Leonardo Helicopters tidak lama lagi, selepas Kementerian Pertahanan mengeluarkan tender untuk membawa aset terbaru TLDM itu pulang daripada Itali.

Daripada tender perkhidmatan Multimodal Transport Operator (MTO) yang diiklankan hari ini, dua daripada helikopter terbabit akan dihantar pulang ke Malaysia di antara 17 Disember ini hingga 28 Februari 2022.

Manakala sebuah lagi helikopter itu akan dihantar pulang ke ini daripada 28 Februari 2022 hingga 31 Mei 2022.

PERKHIDMATAN MULTIMODAL TRANSPORT OPERATOR BAGI KONTRAK PEROLEHAN MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENTAULIAH TIGA (3) BUAH HELIKOPTER OPERASI MARITIM BESERTA DUA (2) SET MISSION EQUIPMENT UNTUK TLDM.

— IKLAN TENDER KEMENTERIAN PERTAHANAN

Ketiga-tiga buah HOM milik TLDM itu akan dibawa balik menggunakan kapal laut daripada Pelabuhan Savona di Itali dan destinasi terakhirnya adalah di Stesen Udara TLDM, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, Sabah.

AW139
Helikopter Leonardo AW139.

 

Tender itu akan ditutup pada 26 Oktober 2021 ini.

Kontrak pembelian tiga buah helikopter itu ditandatangani pada 2 Sept 2020.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dilaporkan berkata sebelum ini bahawa helikopter operasi maritim pertama TLDM itu akan diterima pada 30 Oktober 2022, kedua pada 31 Mei 2023 dan ketiga pada 28 Februari 2024.

Nampak gaya dengan iklan tender perkhidmatan Multimodal Transport Operator ini menunjukkan TLDM akan menerima ketiga-tiga buah helikopter HOM itu lebih awal daripada jadual yang dinyatakan sebelum ini.
Helikopter AW139 terbabit turut digunakan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.

Helikopter bersaiz sederhana itu memiliki berat 6.4 tan dan menggunakan enjin 2 x Pratt & Whitney PT6C-67C Turboshafts with FADEC.

Dengan krew dua orang , helikopter yang boleh terbang selaju 300km sejam ini mampu membawa 15 orang penumpang dan terbang sejauh 1,061km atau lebih 5 jam.

AW139
Gambar kredit Gading Aerospace

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...