Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Memilih Varian Pesawat LCA/FLIT FA-50 Yang Lebih Berkuasa

Syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) menampilkan pelbagai varian bagi pesawat FA-50 keluarannya daripada LCA/FLIT, Block 10, Block 20 dan yang terkini, Multi Role Combat Aircraft (MRCA).

0 12,575

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Pada pameran Seoul International Aerospace and Exhibition 2021 (ADEX 2021) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini, syarikat pengeluar pesawat Korea Selatan, Korea Aerospace Industries (KAI) telah menampilkan varian terbaru bagi pesawat FA-50 iaitu versi Multi Role Combat Aircraft (MRCA).

Varian terbaru itu menambah varian pesawat FA-50 daripada Light Combat Aircraft/Fighter Lead-In Combat Aircraft (LCA/FLIT) kepada iaitu MRCA.

So mana-mana tentera udara yang bercadang membeli pesawat FA-50 sama ada varian MRCA atau varian LCA/FLIT, mereka boleh memilih pilihan varian mereka sendiri.

Apa yang penting adalah, peruntukan kewangan yang mencukupi.

Untuk varian LCA/FLIT, syarikat KAI juga memiliki program menaiktaraf pesawat FA-50 kepada versi Block 10 dan Block 20 yang lebih berkemampuan dan berkeupayaan berbanding varian LCA/FLIT yang awal.

FA-50
Pesawat LCA FA-50 keluaran Korea Aerospace Industries.

 

Berita tentang peningkatan kemampuan pesawat FA-50 Block 10 ini telah pun digembar-gembur oleh pegawai kanan KAI pada tahun 2018, mensasarkan kepada pelanggan sedia adanya seperti Tentera Udara Korea Selatan dan beberapa negara ASEAN.

Usaha-usaha menaiktaraf pesawat FA-50 Block 19 itu dijangka siap pada tahun ini, manakala peningkatan taraf pesawat FA-20 kepada varian Block 20 pula akan menyusul selepas kerja-kerja menaiktaraf pesawat kepada Block 10 itu selesai.

Sebagaimana yang kita tahu, syarikat KAI merupakan salah satu daripada enam syarikat yang dikatakan menyertai persaingan untuk membekalkan 36 pesawat LCA/FLIT kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

KAI dan pesawat LCA/FLIT FA-50 itu dikatakan adalah “frontrunner” bagi persaingan untuk membekalkan pesawat jenis itu kepada TUDM.

So, jika Malaysia memilih FA-50 sebagai pesawat LCA/FLIT pilihannya, adakah TUDM akan dibekalkan dengan varian Block 10 atau Block 20 atau ia adalah sama seperti yang digunakan oleh Tentera Udara Korea Selatan, Thailand dan Filipina?

Sebenarnya, ia bergantung kepada spesifikasi yang digariskan oleh tim penilai TUDM itu sendiri. Apa pilihan Malaysia/TUDM?

Antara aspek paling menonjol dalam program pembangunan pesawat FA-50 versi Block 10 adalah ia akan diintegrasikan dengan AN-AAQ-33 Sniper Advance Targeting Pod yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat.

Sniper
Sniper Advance Targeting Pod

 

Integrasi pesawat itu dengan pod sasaran canggih itu akan memastikan pesawat FA-50 LCA lebih berkemampuan untuk melancarkan peluru-peluru berpandu dan bom-bom pintar (smart munitions), sekaligus menjadikan ia pesawat serangan darat yang amat digeruni.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lockheed Martin,  pesawat FA-50 yang dilengkapkan dengan Sniper Advance Targeting Pod itu telah berjaya melancarkan ujian pelancaran “long-range guided munitions” dan bom-bom pintar itu telah mengenai sasaran dengan tepat.

Kenyataan syarikat itu menyebut bahawa Sniper Advance Targeting Pod memberikan – “high-resolution imagery for precision targeting and non-traditional intelligence, surveillance and reconnaissance missions.”

“It detects, identifies, automatically tracks and laser-designates small tactical targets at long ranges and supports employment of laser-guided and GPS-guided weapons against multiple fixed and moving targets.”

Sniper Advance Targeting Pod ini digunakan oleh kebanyakkan pesawat pejuang dan pengebom Amerika Syarikat termasuk B-1B Lancer “Bones”.

KAI mensasarkan varian Block 10 pesawat FA-50 untuk pelanggan-pelanggan sedia ada pesawat itu di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina, Indonesia.

Pengguna pesawat-pesawat FA-50 sedia ada hanya perlu meningkatkan software tanpa perlu melakukan pergubahsuaian fizikal terhadap pesawat, kata pegawai syarikat KAI terbabit kepada sebuah majalah penerbangan antarabangsa.

FA-50
FA-50 MRCA

 

Pegawai itu juga berkata,  Asia Tenggara mempunyai keperluan untuk kira-kira 60 buah pesawat KAI FA-50  itu.

Sementara itu beliau juga berkata, usaha-usaha menaiktaraf pesawat FA-50 kepada varian Block 10  dijangka siap tahun ini.

Usaha-usaha juga sedang giat pula untuk melengkapkan pesawat dengan kemampuan tambahan untuk menjalankan operasi udara-ke-udara secara “Beyond Visual Range.” (BVR) dibawah program menaik taraf pesawat kepada varian Block 20.

Varian Block 20 pesawat FA-50 pula bakal berkemampuan melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) termasuk peluru berpandu AIM-120 AMRAAM.

Ia akan melibatkan peningkatan kemampuan fire control radar pesawat terbabit daripada 70km kepada 100km.

Pesawat-pesawat FA-50 boleh membawa pelbagai sistem persenjataan seberat 4.5 tan termasuk peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat AIM-9 Sidewinder, AGM-65 Maverick, GBU-38/B Joint Direct Attack Munitions (JDAM), CBU-105 Sensor Fused Weapon (SFW), Mk-82 Low Drag General Purpose (LDGP) bombs dan Cluster Bomb Units (CBUs).

Kelajuan maksimum pesawat dua tempat duduk satu enjin ini adalah 1.5 Mach.

FLIT
Pesawat FA-50 buatan Korea Aerospace Industries (KAI).

 

Pada ketika ini, Tentera Udara Korea Selatan mengoperasikan kira-kira 60 buah pesawat dua tempat duduk dan satu enjin FA-50.

Malaysia telah memutuskan untuk memperolehi 36 buah pesawat FLIT/LCA dalam tempoh tempoh RMK-12 dan RMK-13 bagi menggantikan pesawat-pesawat Hawk 108 dan Hawk 208 serta Aermacchi MB339CM yang digunakan TUDM ketika ini.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...